| sekupang | sepuluh sen (di utara Semenanjung Malaysia), 12 1/2 sen (di Kelantan), 50 sen (di Padang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| padi Malinja | sj padi kacukan (antara padi Malaysia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kemampuan | 1. kesanggupan (utk melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hamba kera | a) sj burung, burung anting-anting, Dissemurus paradiseus malayensis; b) sj burung, burung sawai, Surniculus m. malayanus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hamba II | ; (burung) ~ kera a) sj burung, burung anting-anting, Dissemurus paradiseus malayensis; b) sj burung, burung sawai, Surniculus m. malayanus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merumuskan | 1. memendekkan atau meringkaskan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kupang I | 1. sj mata wang zaman dahulu yg berbeza-beza nilainya (menurut daerahnya); se~ sepuluh sen (di utara Semenanjung Malaysia), 12 1/2 sen (di Kelantan), 50 sen (di Padang dll); se~ tera sepuluh sen; 2. Kd memberi upah (mengupah) utk membuat kerja; 3. sj ukuran berat emas (sama dgn kira-kira 161 tahil): apa bicara Seri Nara Diraja, kerana emas pd kita se~ pun tiada?; pitis se~ genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb orang miskin yg tidak berkemampuan hendak berbelanja spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mampu | 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesanggupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rumus | 1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula: ~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang lebar = pl; merumuskan 1. memendekkan atau meringkaskan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; perumusan perihal (perbuatan, proses) merumuskan, pernyataan yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru; perumus orang yg merumuskan sesuatu perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| padi I | 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buahnya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk menggantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malaysia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebenarnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencampurkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnahlah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |