Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mati-matan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selamat1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa per­sembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimat­kan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. menge­bumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (sela­matan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak.Kamus Dewan Edisi Keempat
minta1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkali­kali, banyak yg diminta, memohon, memo­hon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
harga1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas