| relasi | (rélasi) IB hubungan, perhubungan, pertalian: setiap orang menempuh jalannya sendiri-sendiri melalui ~nya; banyak ~ banyak hubungannya (dgn orang lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perwakilan | 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakilwakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| transeksual | (transéksual) seseorang (lelaki atau perempuan) yg berperasaan dan berpenampilan sbg anggota jantina yg satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peti (pesawat) radio | alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hantar I | ; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan meninggalkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampaikan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukisannya; 7. membiayai pelajaran dsb, memasukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, meminta, memaksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyaknya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pandangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan menggunakan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ bahasa ibundanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menelefon | bercakap (memanggil) melalui telefon: dia telah ~nya dan menceritakan apa yg terjadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kelihaian | perihal lihai, kepintaran: ~nya dapat dibuktikan melalui peranannya di kampung itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| radio | 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lihatan | apa yg dilihat: pengalaman yg ditempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lihai | C 1. bp tajam (senjata dll); 2. bp pintar, licin (pandai mengakali dll), pandai; kelihaian perihal lihai, kepintaran: ~nya dapat dibuktikan melalui peranannya di kampung itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |