| penguasaan | perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengacakkan | menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyirapkan darah | menjadikan terkejut (berdebar-debar dll), memeranjatkan: ada sesuatu dlm semak yg ~ darah Melayunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyirapkan | 1. Id menyelakkan (menyingkapkan) sedikit; 2. menyebabkan jadi marah, menaikkan darah (dlm erti kiasan); 3. = ~ darah menjadikan terkejut (berdebar-debar dll), memeranjatkan: ada sesuatu dlm semak yg ~ darah Melayunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kacak I | 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib; mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sirap I | ; menyirap menyorok, menyusup: darahnya ~ ke telinganya; ~ darahnya berdebar-debar hatinya (kerana takut dll); menyirapkan 1. Id menyelakkan (menyingkapkan) sedikit; 2. menyebabkan jadi marah, menaikkan darah (dlm erti kiasan); 3. = ~ darah menjadikan terkejut (berdebar-debar dll), memeranjatkan: ada sesuatu dlm semak yg ~ darah Melayunya; tersirap; ~ darah berdebar-debar (kerana terkejut, terperanjat, dll); ~ hati marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| loghat I | 1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai beberapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuasa | 1 kemampuan atau kekuatan utk melakukan sesuatu; tenaga; daya: Apa ~ kita menentang pengganas-pengganas yg bermaharajalela di sana? 2 hak yg diberikan (kpd seseorang, persatuan, badan dll) utk mengurus atau utk melakukan sesuatu: Beliau telah diberi ~ menangkap sesiapa yg melanggar undang-undang. 3 hasil yg diperoleh dgn mendarabkan sesuatu nombor dgn nombor itu sendiri beberapa kali: ~ dua, ~ tiga; ~ empat. Dua ~ tiga ialah 2 ´ 2 ´ 2 iaitu 8. ~ air tenaga yg diperoleh drpd air terjun atau air yg mengalir, utk menjalankan jentera dll. ~ atom tenaga yg diperoleh drpd pecahan nukleus. ~ elektrik tenaga elektrik (utk menjalankan jentera dll). ~ ghaib kekuatan yg diperoleh drpd sesuatu yg tidak dpt dilihat; kesaktian. ~ kuda a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. berkuasa mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? menguasai 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. kekuasaan kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. penguasaan perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. penguasa orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |