| tuah | 1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia memikirkan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami dilimpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (berserah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pendapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg membawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mempunyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehormatan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemuliaan (kehormatan) seseorang boleh mendapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| maju | 1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagai-mana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu?; ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; memajukan 1. menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkembangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. menjadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb); pemajuan perihal atau perbuatan memajukan; pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |