| harga | 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) mengambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg menghendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenarkan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentukan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harganya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jualannya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dsb), menganggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan; hadiah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menetapkan | 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menetapkan | 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan: harinya mestilah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menetapkan | 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan. | Kamus Pelajar |
| menetapkan | 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. | Kamus Pelajar |
| menetapkan | 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. | Kamus Pelajar |
| penetapan | 1. perihal menetapkan, pemastian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajiban dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengasal(initialize) | 1. Menetapkan pemboleh ubah dalam atur cara atau pembilang kepada nilai permulaannya sebelum melakukan pengendalian. 2. Menetapkan peranti pada keadaan asalnya sebelum digunakan. | Kamus Komputer |
| mengikrarkan | 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghalakan | menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |