| mengeratkan | 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengeratkan | 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengeratkan | 1. menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2. menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. | Kamus Pelajar |
| merapatkan | 1. menjadikan rapat, mendekatkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada sesuatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn menggabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengukuhkan tali persahabatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merodong | mengeratkan (persahabatan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyingsatkan | mengeratkan, merapatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meragamkan | mengeratkan persaudaraan (persahabatan dll), merukunkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengegatkan | mengeratkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| egat | ark; mengegatkan mengeratkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengencangkan | 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |