| menghadapkan | 1 menghalakan muka atau bahagian depan ke; mengarahkan ke: Semasa bergerak mengelilingi bumi, bulan ~ mukanya hanya sebelah saja ke bumi. 2 membawa ke muka pengadilan (mahkamah): Dia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menghadapkan | 1. menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke): maka meriam pun dihadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan kepadanya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertanggungjawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan: dlm pusingan pertama, pasukan Malaysia akan di hadapkan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghadapkan | 1. menghalakan muka atau bahagian depan ke; mengarahkan ke: Semasa bergerak mengelilingi bumi, bulan ~ mukanya hanya sebelah saja ke bumi. 2. membawa ke muka pengadilan (mahkamah): Dia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri. | Kamus Pelajar |
| menyua | menghadapkan (ayam yg akan diadu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menentangkan | menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memunggungi | menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengiringkan | menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sua II | ; menyua menghadapkan (ayam yg akan diadu). menyuakan memberikan sesuatu dgn menghulurkannya; mengunjukkan: Ibu ~ hidangan kpd tetamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sua II; menyua | menghadapkan (ayam yg akan diadu). | Kamus Pelajar |
| mengarahkan | 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis diarahkan bersikap sopan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |