| mengubat | 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. menghibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sembur | 1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali mem-bersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan; bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar; bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di sungai; menyembur 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; sembur-menyembur saling menyembur, ber-sembur-semburan; menyemburkan 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; semburan 1. sesuatu yg terpancar (terpancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya; penyemburan perbuatan menyembur(kan); penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengubati | , mengubat 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. meng-hibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menawari | 1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengannya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| balai pengubatan | tempat mengubat orang sakit, klinik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dukun | orang yg mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dgn membaca jampi serapah dsb), bomoh, pawang; ~ beranak bidan; berdukun 1. berubat dgn (cara) dukun, berbomoh, berpawang: bukan sedikit orang yg ~ dengannya; 2. bekerja sbg dukun, berbomoh, berpawang: sekarang tidak banyak lagi orang yg ~; mendukuni mengubati dgn cara berdukun: banyak juga orang yg sakit berat setelah didukuni oleh puteri itu menjadi baik; perdukunan yg mengenai atau berkaitan dgn pengubatan cara kampung atau tradisional, yg berkaitan dgn ilmu dukun: di rantau sebelah sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau ~ sudah menjadi rempah dlm kehidupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sembur jampi (mantera) | cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tangan dingin | selalu menjadi perbuatannya (spt menanam pokok, mengubat penyakit, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merajah | 1. membuat rajah (dgn kapur dll) sbg mengubat orang sakit dll; 2. mencoreng (badan), mencacah; 3. sl merodok, menusuk dgn tombak (lembing dll): dirajahnya dgn tombaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dingin tangan | selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |