Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Bunga Pak Mail kembang berkuntum,
     Kembang pula dinihari;
Laksana bunga sekuntum,
     Hilang di mana hendak dicari?


Lihat selanjutnya...(82)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memuaimenjadi kembang atau besar (bkn barang yg direndam, direbus dll); naik atau bangkit (bkn adunan, kuih dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
memuaimenjadi kembang (bahan yg direbus, direndam, dimasak, dll), bangun atau bangkit (kuih, adunan, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
muai= memuai menjadi kembang atau besar (bkn barang yg direndam, direbus dll); naik atau bangkit (bkn adunan, kuih dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
muai,memuai menjadi kembang atau besar (bkn barang yg direndam, direbus dll); naik atau bangkit (bkn adunan, kuih dll).Kamus Pelajar
muai= memuai menjadi kembang (bahan yg direbus, direndam, dimasak, dll), bangun atau bangkit (kuih, adunan, dll); ~ panjang Id menjadi besar menurut panjangnya; permuaian; ilmu ~ Id pengetahuan bkn cara membuat arak dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
biak Imenjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan dsb), peridi: mereka mempunyai ternak yg ~; (ber)kembang ~ menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); memamah ~ memamah makanan utk kedua kalinya (lembu dsb);membiak, berbiak = ~ kembang menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; membiakkan membuat supaya menjadi biak: dia bermaksud hendak ~ ayam itu dlm reban ini; air yg bertakung akan ~ nyamuk; biakan benda (ternak dll) yg dibiakkan; pembiakan perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah;pembiak benda (ternak dll) yg membiakkan, hasil drpd membiakkan ternak dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
perkembanganperihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1 mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2 menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll): Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. = ~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang; ~ agama orang yg menyebarkan agama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kembang I1. mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2. menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll):Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ biak membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. =~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1. terbuka atau terbentang: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2. tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang:Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1. membuka (payung, layar dll) supaya kembang:~ payung; ~ sayapnya. 2. menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3. menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4. menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang;~ agama orang yg menyebarkan agama.Kamus Pelajar
menguncup1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga);Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas