| percaya | 1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu: Jangan lekas ~ akan percakapan orang. 2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendaki dll: Saya ~ saudara akan lulus dlm peperiksaan itu. mempercayai 1 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu: Orang dewasa yg berakal tidak ~ dongeng. 2 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu: Orang Islam yg tidak ~ Tuhan adalah murtad. mempercayakan menyerahkan dgn sepenuh keyakinan supaya dijaga dll; mengamanahkan. kepercayaan 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| meyakini | 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidiki dsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| percaya | 1 berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu: Jangan lekas ~ akan percakapan orang. 2 yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendakinya dll: Saya ~ saudara akan lulus dlm peperiksaan itu. mempercayai 1 menganggap bahawa sesuatu itu benar; mengakui kebenaran sesuatu: Orang dewasa yg berakal tidak ~ dongeng. 2 meyakini wujudnya atau benarnya sesuatu: Seseorang Islam yg tidak ~ Tuhan adalah orang yg murtad. mempercayakan menyerahkan dgn sepenuh keyakinan supaya dijaga dll; mengamanahkan. kepercayaan 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan : ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. | Kamus Pelajar |
| yakin | betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| yakin | percaya benar; tidak syak lagi: Saya ~ akan kejujuran orang itu. Saya ~ bahawa usaha kita akan berhasil akhirnya. berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh. meyakini percaya benar-benar akan sesuatu: Kami belum dpt ~ kisah yg engkau ceritakan itu. meyakinkan 1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. 2 menyebabkan atau menjadikan yakin: Keterangan drpd ketiga-tiga orang saksi ~ tuan hakim bahawa yg dituduh itu tidak bersalah. keyakinan kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. berkeyakinan mempunyai keyakinan; benar-benar percaya: Ia ~ bahawa perempuan itu sudah bersuami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| iktikad | perasaan yakin dlm hati (biasanya dlm hal-hal agama): Kita hendaklah memperteguh ~ bahawa Tuhan itu ada. beriktikad menaruh keyakinan penuh dlm hati; mempercayai benar-benar; meyakini: Setiap orang Islam ~ bahawa alam ini dijadikan oleh Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| yakin | percaya benar; tidak syak lagi: Saya ~ akan kejujuran orang itu. Saya ~ bahawa usaha kita akan berhasil akhirnya. berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh. meyakini percaya benar-benar akan sesuatu: Kami belum dpt ~ kisah yg engkau ceritakan itu. | Kamus Pelajar |
| iktikad | perasaan yakin dlm hati (biasanya dlm hal-hal agama): Kita hendaklah memperteguh ~ bahawa Tuhan itu ada. beriktikad menaruh keyakinan penuh dlm hati; mempercayai benar-benar; meyakini: Setiap orang Islam ~ bahawa alam ini dijadikan oleh Allah. | Kamus Pelajar |
| iktikad | Ar kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn rukun iman: ada orang kita yg telah mulai terpesong ~nya; agama Islam terdiri drpd bahagian batin dan bahagian zahir, bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~; dgn ~ baik dgn maksud yg baik; beriktikad menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dlm hati, percaya benar-benar, yakin: kita mestilah ~ bahawa Allah itu ada; mengiktikadkan meyakini, percaya akan, mempercayai: asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yg hak dan benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |