Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanduan1. sj usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil, dll) utk membawa orang, joli: maka menteri keempat pun menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya; 2. usungan utk mengangkut orang sakit (orang cedera dll): orang yg cedera dlm kema­lang­an jalan raya itu diusung ke hospital dgn ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tandu= tanduan 1. sj usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil, dll) utk membawa orang, joli: maka menteri keempat pun menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya; 2. usungan utk mengangkut orang sakit (orang cedera dll): orang yg cedera dlm kema­lang­an jalan raya itu diusung ke hospital dgn ~; bertandu diusung dgn tandu, naik tandu: bonda Raja Mansor pun disuruh hantarkan ~ masuk ke dalam; menandu mengusung dgn tandu: maka Ben­dahara Lubuk Batu ditandu oranglah di­bawa lari, Selamat Gagah nama orang ~nya itu; orang yg cedera itu segera ditandu ke dlm motokar.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghulurimemberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh Kapitan Mor di­suruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawa­nya naik ke atas kapal;Kamus Dewan Edisi Keempat
sore(soré) Id petang: pd suatu ~, aku bersiar­siar naik sepeda; ~nya (pd sebelah) petang­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lambung Ihal naik tinggi ke atas (bkn bola, perahu dipukul ombak dsb): Bola yg ditendang itu ~nya tinggi. melambung 1 naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. melambungkan menaikkan atau membuang sesuatu tinggi-tinggi: Mereka bersorak-sorak sambil ~ topi kerana gembira.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rezekiAr 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); ke­hilangan ~ kehilangan mata pencarian; men­cari ~ mencari makan, mencari peng­hidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat ke­un­tung­­an dll; naik ~nya semakin bertambah ke­untungannya; orang makan gaji, umur pan­jang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg di­usahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad.Kamus Dewan Edisi Keempat
meningkat1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badan­nya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 ber­ubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah ber­tam­bah baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memarahkan1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar;Kamus Dewan Edisi Keempat
gandaranapa-apa yg digandar: Maka Laksamana pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah saudagar itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gandaranapa-apa yg digandar: Maka Laksamana pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah saudagar itu.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas