| kecuali | 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasaan, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak berpihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguatkuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg menyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| babit | ; membabitkan melibatkan seseorang (negara dll) dlm sesuatu perkara: apabila sesebuah negara Komanwel bertelingkah atau berperang, negara itu tidak akan ~ negara-negara Komanwel lain;terbabit terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dgn Jerman, negara-negara lain pun ~ sama; ~ dlm persengketaan orang lain;keterbabitan perihal terlibat (tersangkut, terseret) dlm sesuatu perkara: kita mengenali mereka kerana jawatannya atau kerana ~nya dlm kegiatan di luar bidang tugas;pembabitan perihal membabitkan: dia merasakan ~nya dlm pertandingan badminton antarabangsa sudah mencukupi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| negara I | 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju; bernegara mempunyai negara; kenegaraan perihal negara: hidup kemasyarakatan dan hidup ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| negara | 1 kumpulan masyarakat yg mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan: Kepentingan ~ lebih diutamakan drpd kepentingan perseorangan. 2 sesuatu kawasan yg didiami oleh masyarakat tsb: ~ Malaysia. ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara berkumpulan yg dianggap masih mundur atau sedang membangun. ~ jiran, = ~ tetangga negara yg berdekatan. ~ maju negara kaya yg sebahagian besar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi. ~ matahari terbit negara Jepun. ~ membangun negara yg sedang giat berusaha meningkatkan taraf hidup, ekonomi dsb (spt Malaysia). ~ perindustrian negara yg kekuatan dan kemajuan ekonominya berteraskan pelbagai industri. kenegaraan segala yg berkaitan dgn negara. negarawan orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara; orang yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara; ahli negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tertubuh | sudah ditubuhkan: Hubungan ekonomi antara Malaysia dgn negara-negara Islam dikukuhkan dgn ~nya Bank Pembangunan Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jasa | perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jasa | perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti:~nya banyak terhadap negara. berjasa 1. berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti:Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2. berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. | Kamus Pelajar |
| negara pulau | negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hadir | ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bangun II | 1 bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2 rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3 kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1 bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2 berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |