| ululazmi | Ar yg memiliki keteguhan hati (iaitu gelaran yg diberikan kpd Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW kerana paling banyak mengalami penderitaan dan ujian dlm berdakwah, namun begitu mereka telah menghadapinya dgn penuh ketabahan dan kesabaran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ahli bersekutu | anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahanan reman | a) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| reman | (réman); tahanan ~ a) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu; mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan jenayah ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan dsb: mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah; semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ahli I | 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi anggota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. | Kamus Dewan Edisi Keempat |