| jundai | ; sijundai Mn ilmu sihir yg dapat menggilakan orang (orang yg kena sihir itu beryanyi-nyanyi); bersijundai bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersijundai | bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mesin | (mésin) alat atau perkakas yg menggunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelaskan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk menayangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| piring | 1. sj pinggan yg kecil utk mengisi kuih dll atau utk alas cawan dll: ia menyorongkan ~ kuih itu kpd kawannya; 2. = piring-piring, piringan barang yg bulat pipih serupa piring: ~ peti nyanyi; 3. petak (kebun, ladang, dll): kebun kelapanya berbau-bau dan sawahnya beratus-ratus ~; ~ mangkuk a) = ~ cangkir Id perkakas atau alat-alat utk makan minum (piring, cawan, mangkuk, dll); b) alas mangkuk (cangkir); ~ peti nyanyi = ~ hitam rekod; ~ (piring-piring) sepeda Id cakeram yg bergigi utk memusingkan rantai sepeda (basikal); ~ terbang sj benda bercahaya berbentuk cakera yg kelihatan melayang dgn pantas di angkasa, kononnya menjadi pengangkutan makhluk asing; ~ warna Newton sj piring (drpd kertas dll) yg diwarnai dgn warna-warna yg ada dlm spektrum (kalau dipusing warnanya menjadi putih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tarik | bp = menarik; ~ layar menaikkan layar; ~ muka dua belas bp tidak keruan air mukanya; daya ~ keupaya-an utk menarik; bertarik-tarik bp bertarik-tarikan; bertarik-tarikan saling menarik antara satu sama lain; ~ tali Id melatih tenaga (menguat-kan badan) dgn menarik tali; menarik 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, meng-hunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; ~ akar a) mencabut akar; b) Id mencari punca ganda dua spt = 5, mengorak; ~ balik memanggil pulang (askar, wakil, dll), mengambil balik, mencabut balik; ~ bayaran mengutip (memungut) bayaran; ~ bea me-mungut bea; ~ beca mengayuh beca; ~ biaya a) meminta atau memerlukan biaya; b) = ~ ongkos banyak makan ongkos; ~ diri meletak-kan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dr perhimpunan dgn kemahuan sendiri; ~ garis Id membuat garis; ~ hati a) memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghibur-kan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll); d) = menarik-narik hati mempengaruhi (menggoda) hati orang lain; e) = ~ perhatian = ~ minat mem-bangkitkan perhatian (minat) seseorang; ~ hutang menuntut atau menagih hutang; ~ kembali menarik balik; ~ kpd diri memakaikan pakaian dll kpd diri sendiri; ~ keris (pedang dll) menghunuskan keris (pedang dll); ~ kesimpulan membuat kesimpulan; ~ ke-untungan (untung) mengambil untung; ~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) mulai bernyanyi (berlagu, berqasidah, dll); ~ langkah a) melangkah (dlm pencak silat dll); b) = ~ langkah seribu melarikan diri dr musuh dll (kerana ketakutan); ~ layar menaikkan layar; ~ loteri a) membuka atau mengundi loteri; b) menang loteri (undian); ~ modal mempelawa orang (negeri lain dll) menanam modal; ~ muka bp berubah air muka; ~ muka dua belas = ~ muka masam bp bermuka masam; ~ muka panjang nampak perasaan kecewa pd air muka seseorang; ~ mundur menarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dll); ~ nafas a) menyedut udara; b) = ~ nafas panjang mengeluh, mengesah; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) mati; ~ nyawa (jiwa) sudah hampir mati; ~ ongkos banyak menggunakan belanja; ~ otot keras hati, tidak mahu mengalah; ~ pajak (bea, cukai, yuran, dll) memungut atau mengutip (cukai dll); ~ panjang a) men-jadikan panjang; b) melanjutkan sesuatu perkara ke mahkamah; ~ suara a) mulai menyanyi dgn suara yg nyaring; b) meninggi-kan suara; ~ surat (tuan tentang ...) Id merujuk surat (tuan tentang ...); ~ surut menghela surut, menarik mundur; ~ tali a) sukan yg mempertandingkan atau menguji kekuatan dua pasukan dgn menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yg bertentangan; b) ki pergelutan antara dua pihak utk merebut sesuatu (hak dsb): hakikatnya, bekas suami-nya masih bermain ~ tali dlm kes penjagaan anak itu; ~ urat leher keras hati, tidak mahu mengalah; ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak prb a) orang bodoh yg tidak mahu menurut bicara orang; b) orang yg suka mengacau di dlm sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula;mempertarikkan menyeret, menghela; tertarik 1. sudah ditarik (dihela, diseret, di-heret); 2. ki berasa suka (ingin dll) kpd, ter-hibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut; tarikan 1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik; 2. daya menarik, perihal menarik: ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatandengannya disebut berat benda itu; penarikan perihal atau perbuatan menarik; penarik orang yg menarik, alat (kuasa) yg menarik; ~ beca orang yg kerjanya menarik beca; binatang ~ binatang (kerbau, kuda, dll) utk menarik bajak dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| wayang | 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyinyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang, melakonkan, mendalangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lalai I | 1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati: tidaklah dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar: lalu masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang; berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambatkan, berlambat-lambat, berlengah-lengah; melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih) menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa; memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai: utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hatinya dgn barang daya upayaku;terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu; kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, kealpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguhnya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ menjemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi; pelalaian ark perihal melalaikan; pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |