Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gelombang1 gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut, besar ~nya. 2 gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3 gerakan, spt serangan yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ haba gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1 bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2 bergerak atau berlaku berturut-turut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berecakKl ombak besar, gelombang.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengolengmengayunkan (menggoyang, meng­goncang), menggelengkan (kepala): jong mereka dioleng oleh ombak besar;Kamus Dewan Edisi Keempat
gelombang1. gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut besar ~nya. 2. gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3. gerakan spt serangan dll yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1. bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2. bergerak atau berlaku berturut-turut.Kamus Pelajar
terhakis1. dikikis dan dihanyutkan oleh air, angin, ombak dsb (bkn permukaan tanah, batu dsb): perdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; kejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; 2. menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dsb): pendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus se­makin meningkat; kedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan;Kamus Dewan Edisi Keempat
selebu; laut ~ lautan lepas (besar); ombak ~ ombak yg besar (di lautan besar).Kamus Dewan Edisi Keempat
gelombang1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan ra­dar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang.Kamus Dewan Edisi Keempat
oleng I(oléng) berayun-ayun atau bergoyang-goyang ke kiri kanan (perahu dll): ia terum­bang-ambing dlm perahu yg makin lama makin ~; kepalanya ~ ke kiri dan ke kanan; beroleng-oleng berayun-ayun atau bergo­yang-goyang (perahu yg dipukul ombak dll): bebola itu berputar dan ~; mengoleng mengayunkan (menggoyang, meng­goncang), menggelengkan (kepala): jong mereka dioleng oleh ombak besar; mengoleng mengayunkan (menggoyang, meng­goncang), menggelengkan (kepala): jong mereka dioleng oleh ombak besar; mengoleng-oleng menyebabkan menjadi be­rayun-ayun, bergoyang-goyang, atau ber­olang-aling: ombak kecil ~ perahunya; teroleng-oleng tergoyang-goyang, terolang-aling: kayu bercabang ~ dlm air yg penuh; aku semakin lemah dan tubuhku terasa ~; olengan gerakan mengoleng-oleng, ayunan, goyangan, goncangan: kepala diteleng-telengkan, ~nya spt kapal.Kamus Dewan Edisi Keempat
ombak selebuombak yg besar (di lautan besar).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengolang-alingkanmenggerakkan ke kiri ke kanan (bkn perahu yg dipukul ombak dll): Ombak yg besar ~ sampan yg kecil itu.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas