| bursa opsyen | tempat memperdagangkan sama ada opsyen utk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, mis Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yg terdapat di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| opsyen | hak atau kebebasan utk memilih; pilihan: Mereka diberi ~, sama ada hendak terus berkhidmat atau bersara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| opsyen | 1. hak (kebebasan) utk memilih, pilihan: mereka akan diberi ~ sama ada hendak terus berkhidmat atau sebaliknya; 2. (Eko) hak utk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dsb pd harga tertentu dlm tempoh tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bursa | tempat memperjualbelikan saham dll: B~ Saham Kuala Lumpur; ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit, getah dan koko; ~ opsyen tempat memperdagangkan sama ada opsyen utk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, mis Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yg terdapat di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| KLOFFE | akronim bagi Kuala Lumpur Options and Financial Futures Exchange (Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur, iaitu bursa yg menjalankan urus niaga kontrak niagaan ke depan bagi opsyen saham, kadar faedah dan indeks saham). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peniaga | 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| niaga | dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), memperdagangkan: antara barang yg diperniagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |