| memanduri | mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayan-pelayan di dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mandur | orang yg mengawasi pekerja-pekerja, kepala pekerja-pekerja; ~ jalan a) mandur yg mengurus orang-orang yg membuat atau membaiki jalan; b) bp orang yg berjalan ke sana ke mari, penganggur; memanduri mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayan-pelayan di dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penyataan | perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| meneriak | memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nyata | 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahatnya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. pernyataan sesuatu yg dinyatakan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| wa II | = pak (mak) ~ (a) pak (mak) tua (panggilan kpd ibu atau bapa saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pak (mak) wa | (a) pak (mak) tua (panggilan kpd ibu atau bapa saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| andam I | ; ~ surai anak rambut yg dipepat; mak ~ a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya menyolek pengantin; pak ~ orang lelaki yg kerjanya spt mak andam; tukang ~ orang yg kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam); bagai anak dara mabuk ~ prb dikatakan kpd orang yg kelihatan letih lesu dgn tidak berpenyakit; berandam 1. memepat rambut di dahi, memepat janggut; 2. mempunyai rambut (janggut) yg dipepat; mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut, dll); ~ pengantin mengandam dan mencantikkan pengantin (dgn menyolek muka, mendandan rambut dll); andam-mengandam hal yg berkaitan dgn mengandam: Milah hendak belajar ~; andaman hasil mengandam: ~ rambutnya menarik; pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mungkar | Ar ingkar atau menderhaka kpd Tuhan (melanggar perintah Tuhan): Tuhan memelihara pesuruh-pesuruhnya drpd me-lakukan perbuatan yg ~ dan pekerjaan mak-siat; seorang yg mabuk mungkin melakukan apa jua perbuatan yg ~ kerana ia telah hilang akal; memungkari tidak menurut (perintah Tuhan dll), memungkiri, mengingkari; kemungkaran perihal mungkar, penderhakaan: ~ anaknya membantah segala cakap-nya belum diketahui oleh mereka sekalian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peledakan | 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ maklumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |