| berloncatan | melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gelongsor | cerun licin yg dibuat drpd kayu dll tempat meluncur turun: Di padang permainan kanak-kanak itu ada buaian, jongkang-jongket dan papan ~. menggelongsor meluncur di atas cerun yg licin; menggeluncur (dr pohon, tiang dll); menggelincir: Dia jatuh lalu ~ pd lereng bukit itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berloncat-loncatan | melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membiarkan | 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| gelongsor | cerun licin yg dibuat drpd kayu dll tempat sesuatu meluncur turun: Di padang permainan kanak-kanak itu ada buaian, jongkang-jongket dan papan ~. menggelongsor meluncur di atas cerun yg licin; menggeluncur (dr pohon, tiang dll); menggelincir: Dia jatuh lalu ~ pd lereng bukit itu. | Kamus Pelajar |
| membiarkan | 1. memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2. tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. | Kamus Pelajar |
| sekolah wawasan | gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan antara kaum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rakyat | 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali penghulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka baginda pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsawan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amalan dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| loncat I | lompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki bersama-sama (burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan); ~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi; berloncat melompat-lompat: unggas berterbangan dan tupai ~ di atas pokok di dlm dusun itu; berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; meloncat-loncat meloncat berulang kali; meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati; meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan; terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu; terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat gelisah (resah); loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| biar | 1 jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2 lebih baik; lebih elok: ~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3 kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |