| rempah II | benda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); rempah-rempah berbagai-bagai macam rempah; merempahi, merempah-rempahi 1. memasukkan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur; perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~ daging. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tempah | = wang ~ wang yg dibayar lebih dahulu (utk membeli barang, upah membuat sesuatu, dll), cengkeram: tiap-tiap pemesan dikehendaki membayar ~nya; menempah 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan memesan bidan; 2. menyuruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut; menempahkan menempah utk seseorang; tempahan 1. sesuatu yg ditempah (pakaian, peti, dll), pesanan, lwn kodian: baju ~; kasut ~; 2. perihal menempah, pesanan: mereka telah membatalkan ~ tiket kapal mereka; penempahan perihal (perbuatan dsb) menempah, pemesanan (barang); penempah orang yg menempah (memesan) barang, orang yg membuat tempahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanam | cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, membuat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumikan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: bendang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menimbuni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia menyumpah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid; 3. = menanamkan menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), membenamkan diri (dlm lumpur): puas aku mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu perusahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagaimana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balasannya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertumpu hendak melompat maka ~ ke bumi hingga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk mendirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa ditanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanaman utk mendapatkan hasilnya sementara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelembapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman; petanaman tempat menanam tumbuh-tumbuhan; penanaman perihal menanam (menanamkan): petani-petani dlm mukim tersebut bersetuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanamkan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalankan perniagaan dll, pemodal, pelabur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nasi I | 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuningan) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah masak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng bersama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana terlalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian dihimpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rempah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg dikuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn berlebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg dikukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg lengkap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg disuapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan dan sebaliknya (ketika bersanding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg dikangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihidangkan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ketahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tambah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; menantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |