Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

 

Lihat selanjutnya...(59)

390

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Antan patah lesung hilang.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, antan patah lesung hilang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
siku keluanga. garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut. b. selekoh jalan yg tajam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siku keluanga) garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut; b) selekoh jalan yg tajam; c) motif batik, anyaman, tembikar dsb yg berbentuk jalur runcing yg bersudut dan bertingkat-tingkat;Kamus Dewan Edisi Keempat
sikukeluang a. garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut. b. selekoh jalan yg tajam.Kamus Pelajar
mengagah1. memandang muka atau me­nentang mata (mengajak berkelahi dll): ~ lawan; 2. melakukan sesuatu utk membuat bayi ketawa: anak itu ketawa kerana diagah-agah; 3. mengeluarkan bunyi yg belum berupa patah-patah perkataan (bkn bayi): anak kecil itu sudah pandai ~; 4. mempertemukan muka (supaya berkelahi): ~ ayam sabungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
siku1 sendi tempat lengan atas ber­hubung dgn lengan bawah. 2 = ~ bedil, siku-siku, sesiku pangkal senapang. ~ bersimpai ki orang yg malas bekerja. ~ jalan (sungai) selekoh pd jalan (sungai). ~ keluang a. garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut. b. selekoh jalan yg tajam. siku-siku, sesiku 1 sudut tepat; sudut 90o. 2 alat berbentuk ‘T’ atau ‘L’ utk melukis atau utk mengukur sudut tepat. 3 alat berbentuk tiga segi (dan bersudut 90o, 60o dan 30o atau bersudut 90o, 45o dan 45o). menyiku menghentak dgn siku; menyigung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suling I1. sj serunai, bangsi, salung, seruling: memetik kecapi dan meniup ~ pd waktu malam; 2. = ~ kapal (kereta api) peluit (wisel) utk memberi semboyan (pd kapal, kereta api); meniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; menyuling meniup suling: Panji ~ Sri menari.Kamus Dewan Edisi Keempat
siku I1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah; 2. selekoh atau kelok (pd sungai, jalan, dll); 3. = siku-siku = ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor; ~ bersimpai orang yg malas bekerja; ~ jalan selekoh atau kelok jalan; ~ keluang a) garisan yg patah-patah dan bersudut-sudut; b) selekoh jalan yg tajam; c) motif batik, anyaman, tembikar dsb yg berbentuk jalur runcing yg bersudut dan bertingkat-tingkat; siku-siku, sesiku 1. sudut tepat, sudut 90° ; 2. a) sj alat berbentuk ‘L’ atau ‘T’ (utk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); b) sj alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°, 60°,dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°); 3. gagang senapang, siku bedil; 4. = kayu ~ gading­-gading; bersiku ada sikunya; menyiku 1. merupakan sudut 90°; 2. menyinggung dgn siku; menyikukan menyinggung (dgn siku); penyiku pukulan dgn siku.Kamus Dewan Edisi Keempat
beragahberpandang muka mengajak berkelahi: sementara mereka ~, polis pun tiba; beragah-agah, beragah-agahan berpan­dang­an muka hendak berkelahi, berhadap-hadapan hendak bersabung (bkn ayam); mengagah 1. memandang muka atau me­nentang mata (mengajak berkelahi dll): ~ lawan; 2. melakukan sesuatu utk membuat bayi ketawa: anak itu ketawa kerana diagah-agah; 3. mengeluarkan bunyi yg belum berupa patah-patah perkataan (bkn bayi): anak kecil itu sudah pandai ~; 4. mempertemukan muka (supaya berkelahi): ~ ayam sabungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
patah riukpatah tulang yg teruk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
patah riukpatah yg teruk (tulang);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas