Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah-belah

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Raga menanti pecah.

Bermaksud :

Perkara kecil yang akan menimbulkan bencana yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak menanti [= mencari, tanda akan] belah [= pecah]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pecah belah1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. berpecah belah menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beling1. Id pecahan kaca (barang pecah belah); 2. tembikar, barang pecah belah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah belahkeadaan tidak bersatu padu (huru-­hara, kacau-bilau dsb) sehingga boleh mem­bawa kpd kehancuran, keruntuhan dsb sesuatu institusi (masyarakat, keluarga dsb): ~ boleh berlaku dlm sebuah masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yg berlainan; ayah sekali-kali tidak mahu menjadi punca yg menimbulkan ~ sesama sendiri yg buruk padahnya nanti; berpecah belah 1. bercerai-berai, tidak ber­satu lagi: melihat rajanya mati itu, maka seka-liannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2. kucar­-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mang­kuk dll); memecah-belahkan menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai: mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah belah1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~.Kamus Pelajar
barang pecah belah (pecahan)ark barang tembikar;Kamus Dewan Edisi Keempat
memecahbelahkanmenyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memecahbelahkanmenyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu.Kamus Pelajar
memecah-belahkanmenyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai: mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpecah belahmenjadi pecah belah; bercerai-berai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpecah belahmenjadi pecah belah; bercerai-berai.Kamus Pelajar
1234

Kembali ke atas