| tara I | 1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemuda lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Diraja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usahanya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, selaras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (sebanding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) menyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertandingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bidang I | 1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sarung I | 1. salut (tempat menyimpan keris, pedang, dll) yg dibuat drpd kayu dll: pedang yg sudah terhunus drpd ~nya; 2. sampul (bantal, surat, dll), bungkus; 3. = kain ~ kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; ~ akar tisu yg menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dll); ~ bantal kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dll); ~ bidal = ~ jari sarung jari yg diperbuat drpd logam (utk orang menjahit), jidal, didal; ~ kepompong lapisan yg menyaluti telur (kepompong) serangga; ~ keris sarung tempat menyimpan keris; ~ surat sampul surat; ~ tangan kaus tangan; seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya prb perangai (perkataan) yg baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang; bersarung memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; bersarungkan menggunakan sesuatu sbg sarung: ia mengambil goloknya yg berhulu-kan buluh dan ~ upih itu; menyarung 1. memberi bersarung: ~ keris; 2. memakai atau mengenakan (pakaian dll): dia terus ~ pakaian; menyarungkan 1. memasukkan ke dlm sarung: kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali; 2. mengenakan atau me-masukkan (pakaian, cincin, dll): dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu; ~ baju di badan maka sesuai prb mengukur perbuatan orang dgn keadaan diri sendiri; tersarung 1. terletak dlm sarung (keris, pedang, dll), dlm keadaan bersarung; 2. terlekat atau terpakai (pakaian dll): cincin pertunangan ~ di jarinya; penyarung sl orang yg membuat sarung: maka oleh segala perawangan itu dibawa-nya keris itu kpd segala ~ disuruh sarungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gelombang | 1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan radar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyentak | 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sentak | (séntak); menyentak 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi; tersentak 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur, lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung itu ~ drpd khayalannya; sentap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| telanjang | = bertelanjang 1. tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian), berbogel: dia membuka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; apabila ia menoleh kpd tubuhnya barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat; 2. tidak bersarung (keris, pedang, dll), tercabut, terhunus: rakyat Feringgi tujuh puluh ribu berdiri serta memegang pedang bertelanjang; 3. tidak mempunyai pakaian (perhiasan dll), tidak ada yg tinggal (harta benda); 4. tidak bertutup, terbuka, terdedah: ketika kami asyik bermain-main, datang sepuluh orang tentera dgn dada ~; ~ bulat (bogel, buta, loncos) telanjang sama sekali; telah bertelanjang prb habis kain baju tergadai kerana kalah berjudi; menelanjangi 1. menanggalkan (segala pakaian dll) yg dipakai: ditelanjanginya anaknya itu; 2. merampas segala pakaian (perhiasan dll) yg dipakai: ~ penumpang-penumpang dr barang-barang mereka; 3. ki membukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sawat | 1 tali dll yg diselendangkan atau yg dibelitkan: ~ sandang tali tempat menggantungkan pedang atau keris. 2 kep pesawat (digunakan dlm gabungan kata): tenaga ~ tenaga yg dihasilkan oleh jentera (mesin dsb). pesawat 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. ~ asap (wap) jentera yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ radio alat utk menerima siaran radio. ~ telefon alat utk berhubung dgn seseorang melalui telefon. ~ terbang (udara) kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bentuk | 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; pembentuk orang atau alat yg membentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bilah | 1 buluh atau kayu yg dibelah tipis dan panjang: Bidainya dibuat drpd ~ buluh. 2 benda yg menyerupai bilah buluh (spt mata pisau): Keris ini tidak berlok ~nya. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tipis dan panjang spt pisau, keris: Di dinding rumahnya, tersangkut dua ~ pedang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |