| pelempar | 1 orang yg melempar: ~ lembing. 2 alat yg digunakan utk melempar. 3 sesuatu yg dilemparkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pelempar | 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelempar bom | kapal terbang utk menjatuhkan bom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pesawat pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) | Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelontar | 1. alat dll utk melontar: batunya ada besar dan kecil, yg kecil ~ balam; 2. orang yg melontar, pembaling, pelempar: ~ lembing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bom I | senjata yg meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dr kapal terbang, dilemparkan dgn tangan, atau ditembakkan dgn meriam; pesawat ~ = pelempar ~ kapal terbang utk menjatuhkan bom; ~ api bom yg direka khas utk memulakan sesuatu pembakaran; ~ asap bom yg apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dlm operasi polis atau tentera; ~ atom = ~ zarah = ~ zat air bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu; ~ hidrogen bom yg daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen; ~ hidup bom yg belum meletup; ~ jangka = ~ waktu bom yg ditentukan saat meledaknya; ~ lakur sj bom yg melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen; ~ laut bom yg dilemparkan ke dlm laut (utk menghancurkan kapal selam); ~ logik (Komp) atur cara haram yg tersembunyi di dlm sistem komputer yg boleh mengganggu operasi komputer; ~ napalm bom api yg dibuat drpd petrol yg berbentuk jeli; ~ nuklear (Fiz) bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (spt uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (spt nukleus deuterium dgn nukleus tritium); ~ pembakar bom yg mengeluarkan api (utk membakar); ~ pemedih mata bom yg diledakkan utk memedihkan mata orang (dlm tunjuk perasaan yg haram dll); ~ petrol bom yg dibuat drpd botol yg berisi minyak petrol dgn sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan; ~ plastik bom yg menggunakan bahan letupan plastik; ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan; ~ tarik bom yg diledakkan dgn jalan menarik; mengebom menjatuhkan bom pd sesuatu, memusnahkan dgn bom: tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain; pengeboman perihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris; pengebom = kapal terbang ~ kapal terbang yg digunakan utk mengebom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lempar | /lémpar/; ~ cakera (lembing dsb) pertandingan melontarkan cakera (lembing dsb) dlm olahraga. melempar 1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. melempari melempar berkali-kali; melontari. melemparkan 1 menggunakan sesuatu utk melempar; melontarkan; membalingkan; mencampakkan: Isterinya selalu ~ pinggan mangkuk apabila meradang. 2 mengeluarkan tuduhan (kritik, kemarahan dll): Surat khabar itu ~ tuduhan yg bukan-bukan terhadap dirinya. 3 menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll): Amilah ~ pandangannya ke arah Selat Teberau. lemparan hasil drpd melempar; lontaran. pelempar 1 orang yg melempar: ~ lembing. 2 alat yg digunakan utk melempar. 3 sesuatu yg dilemparkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pesawat | 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera (mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal terbang: ~ PIA; ~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet (digerak-kan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~ peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~ pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat) utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lontar I | ; ~ lembing (cakera dll) (Suk) pertandingan melemparkan lembing (cakera dll); berlontaran berlempar-lemparan; melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah melontar batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji); melontari melontar berkali-kali atau dgn banyaknya; melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan: ia ~ puntung rokoknya ke tanah; lontaran hasil perbuatan melontar: ~ panah; pelontaran perihal (perbuatan dsb) melontar; pelontar 1. alat dll utk melontar: batunya ada besar dan kecil, yg kecil ~ balam; 2. orang yg melontar, pembaling, pelempar: ~ lembing; sepelontar, sepelontaran sejauh yg dapat dilontarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sawat II | pesawat (dlm kata majmuk): tenaga ~; kerja ~; pesawat 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera (mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal terbang: ~ PIA; ~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet (digerak-kan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~ peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~ pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat) utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon; berpesawat memakai pesawat (alat, mesin). | Kamus Dewan Edisi Keempat |