| DSP | Singkatan bagi digital signal processing. Lihat pemprosesan isyarat digital. | Kamus Komputer |
| pemprosesan isyarat digital(digital signal processing) | Pengolahan isyarat elektronik digital dengan menggunakan komputer atau peranti elektronik. Singkatan DSP. | Kamus Komputer |
| penapisan digital(digital filtering) | Penggunaan kaedah serta teknik pemprosesan isyarat digital untuk menapis sesuatu isyarat sebelum ditukarkan kepada bentuk data komputer. | Kamus Komputer |
| paparan digital(digital display) | 1. Paparan yang menggunakan nombor untuk mempamerkan sesuatu nilai. Paparan ini berlawanan dengan paparan analog yang menggunakan pembahagian skala atau penunjuk lain. 2. Paparan yang dapat mempamerkan data atau gambar melalui kaedah pemprosesan isyarat digital. | Kamus Komputer |
| peranti input-output(input-output device) | Peranti yang mempunyai gabungan modul input dan modul output. Modul input berfungsi untuk menerima isyarat atau data input yang kemudian disalurkan kepada unit pemprosesan utama, sedangkan modul output menerima hasil pemprosesan daripada unit pemprosesan utama untuk disalurkan keluar. | Kamus Komputer |
| kayu ria(joy stick) | Peranti input isyarat analog yang menterjemahkan arah pergerakan kawalan pengendali kepada data digital. Kayu bedik ini terdiri daripada sebatang tuil atau kayu menegak yang dibuat daripada logam atau plastik. Tuil ini boleh digerak-gerakkan. Pergerakan ini melaraskan sekumpulan meter upaya yang menukarkan pergerakan tersebut kepada isyarat analog. Isyarat ini kemudian ditukarkan kepada data digital oleh peranti input komputer untuk pemprosesan selanjutnya. | Kamus Komputer |
| penyesuaian(conditioning) | Proses mengelokkan atau menyempurnakan isyarat atau data yang akan dihantar untuk memastikan penghantaran atau pemprosesan dapat dilakukan. | Kamus Komputer |
| output | output 1. hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komĀputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; mengoutput mengeluarkan data dr sesuatu (sumber dsb): data input dikawal, disemak, diproses dgn betul menurut tatacara yg diperlukan, dan dioutput dgn tepat; pengoutputan proses mengoutput sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |