| latar belakang | 1. pemandangan dll yg menjadi hiasan bagi sesuatu yg utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara (hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau pengaruhnya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa; berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengembang | orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keterpencilan | keadaan terpencil, keterasingan: ~nya drpd pengaruh bahasa Melayu baku; ~ blok komunis dlm sistem antarabangsa semakin berkurang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengembangkan | 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengaruh | 1 daya atau kebolehan yg dpt mengubah perangai (kepercayaan dll) orang; kuasa yg dpt mengubah sikap atau menarik perhatian orang: Agama Islam mempunyai ~ yg besar terhadap kemajuan sains dan ilmu astronomi. 2 kuasa yg disebabkan oleh kekayaan atau pangkat: Beliau telah menggunakan ~nya utk menyelesaikan pertikaian itu. berpengaruh ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. mempengaruhi mengenakan pengaruh pd; berpengaruh pd: Iklim ~ kehidupan manusia dan cara mereka mencari nafkah hidup. terpengaruh dipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pengaruh | 1 daya atau kebolehan yg dpt mengubah perangai (kepercayaan dll) orang; kuasa yg dpt mengubah sikap atau menarik perhatian orang: Agama Islam mempunyai ~ yg besar terhadap kemajuan sains dan ilmu astronomi. 2 kuasa yg disebabkan oleh kekayaan atau pangkat: Beliau telah menggunakan ~nya utk menyelesaikan pertikaian itu. berpengaruh ada pengaruhnya; berkuasa: Beliau memang ~ di kampung ini. mempengaruhi mengenakan pengaruh pd; berpengaruh pd: Iklim ~ kehidupan manusia dan cara mereka mencari nafkah hidup terpengaruh dipengaruhi; kena pengaruh. | Kamus Pelajar |
| bawaan | 1. benda yg dibawa: sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; masing-masing meletakkan ~nya; 2. harta benda yg dibawa pd masa kahwin: ~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; 3. buah tangan: setiap kali dia datang ada saja ~nya; 4. pengaruh, akibat: mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; 5. = pembawaan; 6. yg dibawa oleh: beberapa jenis penyakit ~ air dan udara; kulat patogen ~ tanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| buka | 1. ukuran panjang dan lebar sesuatu, luas: sebuah gua yg luas, ~nya tiga puluh hasta dr kiri ke kanan dan tiga hasta dr atas ke bawah; ruang tamu itu ~nya 7m × 5m; 2. jarak lintang sesuatu: ~ jalan itu tiga depa; jambatan yg sedang dibina itu ~nya 10 meter;berbuka = ~ puasa mengakhiri puasa dgn makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib;membuka 1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ ungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik;membukai 1. membuka utk: tidak dibukai pintu utk ia masuk; 2. membuka banyak kali: ~ segala beg untuk pemeriksaan kastam; membukakan 1. membuka: ~ mata; 2. membuka utk: dia ~ suaminya pintu; dibukakan oleh isterinya dan ia pun masuk; terbuka 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; keterbukaan perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kpd apa sahaja pengaruh (unsur, rangsangan, dll); bukaan (Fiz) lubang (biasanya bulat) pd kamera (teropong kembar dsb) yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk; perbukaan makanan dan minuman yg disajikan utk berbuka puasa; pembukaan perihal atau perbuatan membuka, permulaan; pembuka 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lingkung | ; melingkung memberi bertanda (berbatas dsb) di keliling sesuatu. melingkungi 1 berada (terdapat, dipasang dsb) di keliling sesuatu; berlingkar di keliling sesuatu: Di sebelah luar kota itu terdapat sebuah parit yg dalam ~nya. 2 memasukkan ke dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb); melingkupi: Badan tsb ~ sebahagian besar persatuan belia di negara ini. terlingkung termasuk dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb). lingkungan 1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bahawa I | 1. kata hubung yg menjelaskan isi atau huraian kalimat pokok (yg sebelumnya atau sesudahnya), bahasa: pemerhati-pemerhati berkata ~ dgn letupan bom atom, China hendak meluaskan lagi pengaruh politiknya di Asia dan Afrika; 2. pembuka kalimat pokok, sungguh-sungguh, adapun: ~ ia kaya sungguh; 3. = sebahawa sl keadaan(nya), sifat(nya), adanya: kelakuan puteri itu manis se~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |