Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggunaan nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyurihan(Kim) penggunaan bahan (biasa­nya radioaktif) utk mengesan taburan, per­jalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesungguhanperihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
penguli1. orang yg (kerjanya) menguli: dua ~ roti, Mahmud dan Muhamad; 2. alat utk menguli: pengeluaran roti dan kek syarikat-nya telah meningkat dgn penggunaan mesin ~ tepung yg baru dan canggih.Kamus Dewan Edisi Keempat
luas1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
guna I1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ sama dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb): satu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia dlm kegiatan dan perkembangan ekonomi; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; seguna; ~ sekaya harta benda yg diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai); berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; kebergunaan perihal (keadaan dsb) berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan; menggunakan 1. = mempergunakan mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn: dia ~ kesempatan yg baik ini utk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dgn ~ kuasa elektrik; mempergunakan 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah;gunaan bidang pelajaran yg ada kegunaan praktiknya: sains ~; kegunaan 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu; pergunaan ark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: Paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian; penggunaan 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~; pengguna orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna I1 sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2 tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3 sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~, jangan ditolong. ~ sama dpt dimanfaatkan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb). ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. kebergunaan perihal atau keadaan berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah memang tidak dpt dinafikan. menggunakan 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. gunaan (bkn bidang pelajaran) yg ada kaitan dgn faedah atau guna secara praktikalnya berbanding dgn bidang teorinya. sains ~ sains yg berkaitan dgn faedah secara praktikalnya. matematik ~ matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. kegunaan 1 hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2 yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
guna I1. sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2. tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3. sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~ jangan ditolong. ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. menggunakan 1. melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2. mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. kegunaan 1. hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2. yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda.Kamus Pelajar
preskripsi(préskripsi) 1. arahan doktor tentang ubat yg harus disediakan utk pesakit tertentu dan cara menggunakannya (memakan­nya); 2. sesuatu ketetapan (keputusan dsb) yg bersifat atau bertujuan menentukan, ketentuan (utk menjadi pegangan atau pan­duan); mempreskripsikan memberikan preskripsi (bkn penggunaan ubat dsb): doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sewa(séwa) 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai­menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh diguna­kan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk meng­gunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; menyewa menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa: sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil; menyewakan = mempersewakan mem­beri orang lain menggunakan sesuatu dgn mengutip sewa: tuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya utk tempat berjudi; rumah-rumah petak itu didirikannya utk dipersewakan; tersewa berupaya (mampu) membayar sewa­nya: saya berpindah dr sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi, sebab tidak ~ sendiri; sewaan sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India; penyewaan perbuatan menyewa(kan); penyewa 1. orang yg menyewa: di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi utk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang; 2. wang dll utk membayar sewa: wang ~ rumah; ~ kecil orang lain yg menyewa tanah, rumah dsb drpd penyewa utamanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
perenggan1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, mem­bataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan me­merenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas