| pengulang-alik | ist peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanikal kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pengulang-alik | (Kej) peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanik kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengulang | 1. orang yg mengulang (mengulangi); 2. Id orang yg membantu memberi pelajaran kpd mahasiswa di luar kuliah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengulang digital(digital repeater) | Peranti yang diletakkan dalam rangkaian talian penghantaran untuk meningkatkan isyarat digital daripada unit penghantar yang telah merosot akibat kehilangan dan herotan ketika melalui talian penghantaran supaya isyarat dapat meneruskan perjalanan ke unit penerima. | Kamus Komputer |
| alternator | pengulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dwipurwa | (Lin) pengulangan suku kata pertama pd kata akar dgn atau tanpa perubahan dlm nilai bunyi vokal yg terdapat pd suku kata pengulang (mis jejari drpd jari, bebenang drpd benang, dan sesendi drpd sendi), penggandaan suku kata pertama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ulang-alik | kerap kali pergi dan balik; mundar-mandir. berulang-alik berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. pengulang-alik ist peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanikal kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ulang-alik | kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya; berulang-alik berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang: aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam; pengulang-alik (Kej) peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanik kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ulang | balik pula, kembali dr permulaan, kembali semula; cetak ~ cetak kembali, cetak sekali lagi; ~-aling a) bolak-balik, mundar-mandir, ulang-alik; b) tidak tetap letaknya (perahu dipukul gelombang dll), terumbang-ambing; ~ bicara pembicaraan yg diadakan sekali lagi (di mahkamah yg lain); ~ tahun a) hari jadi (lahir); b) hari perayaan (tiap-tiap tahun) utk menyam-but kemerdekaan negara (sesuatu peristiwa penting); seulang sekali (lagi); ~ tayang tayangan atau pertunjukan (filem di TV dsb) yg diulang; ulang-ulang sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga); berulang 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; ~ kata selalu mengatakan apa-apa yg telah dikatakan; ~ kembali berlaku (terjadi dll) lagi; ~ tahun merayakan hari ulang tahun; berulang-ulang 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu; mengulang 1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yg telah dilakukan): yg salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahan-nya; 2. mempelajari kembali apa-apa yg telah diajarkan, menghafal pelajaran: tolong perhati-kan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah; 3. pergi mendapatkan, mendatangi: terpaksalah datuk ~ isterinya yg baru itu bebe-rapa kali dlm seminggu; ~ jejak a) kembali melakukan apa-apa yg telah dilakukan dahulu, berbalik mengerjakan yg dahulu-dahulu; b) berbalik kpd isterinya yg dahulu, rujuk kembali; ~ tayang menayang-kan (filem di TV dsb) buat kali kedua (ketiga dsb); mengulangi 1. = mengulang-ulang, mengulang-ulangi selalu benar melakukan (sesuatu), kerap kali mengulang: dia ~ pertanyaannya yg masih belum berjawab; 2. = mengulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, menziarah, dll), kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai pertanian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kembali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; terulang sudah diulang(i), kembali (terjadi) lagi; ulangan 1. sesuatu yg dilakukan lagi, sesuatu yg berlaku berkali-kali, sesuatu yg diulang (diulangi): dlm bait syair ini, penyair mem- buat permainan suara yg berupa ~ suara ‘ut’; 2. Id sj ujian utk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran yg sudah-sudah; ~ umum ujian bkn semua mata pelajaran; 3. perbuatan datang lagi kpd, perbuatan mengulangi: dia terus-menerus juga mengulangi gadis itu dan setiap ~nya mendapat sambutan yg memuaskan; 4. yg diulangi, yg dilakukan (disiarkan dll) utk kali keduanya dan seterusnya: latihan ~; siaran ~ Puspawarna; keberulangan keadaan berulang; perulangan 1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~; pengulangan perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja; pengulang 1. orang yg mengulang (mengulangi); 2. Id orang yg membantu memberi pelajaran kpd mahasiswa di luar kuliah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |