| peni | (péni) (di Great Britain sejak 1971) duit syiling drpd gangsa yg bernilai 0.01 paun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merbatu pasir | sj tumbuhan, medang peni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| agensi penarafan | badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| taakul | Ar hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; menaakul membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; taakulan hasil menaakul; penaakulan perbuatan menaakul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| syiling | 1. unit mata wang Inggeris yg bernilai201 paun atau 5 peni; 2. = duit (wang) ~ mata wang yg dibuat drpd logam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merbatu | = ~ layang sj tumbuhan (pokok), sauh hutan, songkok rimau, Parinarium corymbosum; ~ kecil sj tumbuhan, cendarah padi; ~ pasir sj tumbuhan, medang peni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mangsa | 1. binatang yg menjadi korban (makanan) binatang buas: harimau sedang me-nunggu ~nya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban kemalangan (kecurian, penipuan, kebakaran, peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi ~ ke-bakaran itu; mereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua; memangsakan menjadikan seseorang (sesuatu) sbg mangsa, mengorbankan: kemus-nahan alam sekitar ~ manusia; pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang; pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| agensi | (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| titik I | 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh berderai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |