| penyeretan | perbuatan atau hal menyeret. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penyeretan tetikus(mouse dragging) | Tindakan menggerakkan tetikus dari satu kedudukan ke kedudukan yang dikehendaki sambil menekan butang tetikus. | Kamus Komputer |
| penyeretan objek(object dragging) | Pemindahan objek dari satu kedudukan ke kedudukan lain pada skrin yang dilakukan dengan memilih objek tersebut, menekan butang tetikus, dan menggerakkan tetikus ke kedudukan yang dikehendaki. | Kamus Komputer |
| penyeretan(dragging) | Teknik untuk membuat sesuatu objek pada skrin komputer bergerak mengikut pergerakan kursor yang biasanya dikawal oleh tetikus atau pen. | Kamus Komputer |
| seret | /sérét/; menyeret 1 menarik sesuatu dan benda yg ditarik bergeser pd tanah (lantai dll): Dia ~ kerusi itu hingga ke muka pintu. 2 membawa orang atau binatang dgn paksa; memaksa orang atau binatang mengikut serta: Kami telah ~ pencuri itu ke balai polis. terseret 1 (telah) diseret: Mainan adiknya ~ kerana kainnya terlalu labuh. 2 terikut-ikut dlm melakukan sesuatu; turut terlibat dlm sesuatu perkara dll: Wahab ~ dlm kegiatan haram itu. 3 terpaksa mengikut atau melakukan sesuatu: Kerana desakan hidup, dia ~ ke lembah kehinaan. seretan tarikan utk menyeret: Bunyi ~ itu menyakitkan telinga. penyeretan perbuatan atau hal menyeret. penyeret orang atau alat yg menyeret. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |