| tedeng aling-aling | ki apa yg digunakan utk menyembunyikan rahsia (perbuatan buruk dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| maksiat | perbuatan buruk yg dilarang oleh Allah; perbuatan yg berdosa (spt minum arak, berzina). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| wabak | 1. sj penyakit menular, (berjangkit) yg merebak: ~ cacar; ~ taun; 2. kejadian atau perbuatan buruk (spt penagihan dadah, perbuatan jenayah, dll) yg merebak ke merata tempat: ~ dadah perlu dibanteras; ~ kepincangan yg melanda koperasi; mewabak merebak dgn cepat: ruapan itu ~ hingga memenuhi setiap ruang tanah itu; bayangan hitam itu ~ ke hati Raid yg memaksanya mengasak terus; mewabakkan menyebabkan merebak, merebakkan: aku tahu jawaban itu akan ~ suasana tegang ke seluruh pelosok rumah kami. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tedeng | (tédéng) Jw benda yg digunakan sbg pendinding (supaya tidak kelihatan dll), tabir, tebeng; ~ aling-aling ki apa yg digunakan utk menyembunyikan rahsia (perbuatan buruk dll); dgn ~ aling-aling tidak dgn terus terang, dgn diam-diam (berselindung); main ~ aling-aling(an) melakukan sesuatu dgn sembunyi-sembunyi; bertedengan tidak dgn terang-terang, berse-lindung, bersembunyi-sembunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terperbuat | telah dibuat (dikerjakan dll); jika yg baik ~ bersilang cerana datang, jika yg buruk ~ bersilang telunjuk di bibir prb perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| salah langkah | a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| laku | 1 cara membuat sesuatu; perangai; tabiat: Maka Hang Tuah berlima saudara pun segeralah berlari-lari ke sana melihat ~ orang di pasar. buruk ~ buruk perangai. 2 banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: Pisang goreng sangat ~ pd malam minggu spt ini. 3 dpt diterima atau dpt digunakan oleh orang ramai (bkn wang). berlaku 1 sedang berlangsung atau berjalan; terjadi: Suatu pergaduhan telah ~ semalam. 2 berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3 menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4 dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peraturan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. melakukan 1 menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2 menjadikan laku; melariskan jualan: Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3 membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. memperlakukan 1 menjadikan berlaku; melakukan atau berbuat sesuatu terhadap: Sampai hati Hassan ~ ibunya spt orang gaji. 2 mengabulkan; memperkenankan: Dia menjadi manja kerana segala kehendaknya diperlakukan. kelakuan tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. berkelakuan berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. perlakuan perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. pelaku 1 orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2 yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). selaku 1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2 sebagai: ~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| laku | 1. cara membuat sesuatu; perangai; tabiat: Maka Hang Tuah berlima saudara pun segeralah berlari-lari ke sana melihat ~ orang di pasar. buruk ~ buruk perangai. 2. banyak dibeli orang; sudah dijual; laris:Pisang goreng sangat ~ pd malam minggu spt ini. 3. dpt diterima atau dpt digunakan oleh orang ramai (bkn wang). berlaku 1. sedang berlangsung atau berjalan; terjadi:Suatu pergaduhan telah ~ antara seorang India dgn seorang Cina. 2. berbuat atau mengerjakan sesuatu: Sabur telah dituduh ~ curang terhadap raja permaisuri. 3. menjalankan tugas; menjadi: Bapanya ~ sbg pengadil dlm perlawanan itu. 4. dpt digunakan (ttg surat, peraturan dsb); sah; berkuat kuasa: Peratuan spt itu sudah tidak ~ lagi sekarang. melakukan 1. menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2. menjadikan laku; melariskan jualan:Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3. membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. memperlakukan 1. menjadikan berlaku; melakukan atau berbuat sesuatu terhadap:Sampai hati Hassan ~ ibunya spt orang gaji. 2. mengabulkan; memperkenankan:Dia menjadi manja kerana segala kehendaknya diperlakukan. kelakuan tingkah laku; perangai:Kedua-dua budak itu baik ~nya. berkelakuan berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. perlakuan perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. pelaku 1. orang yg melakukan (mengerjakan) sesuatu. 2. yg melakukan sesuatu perbuatan (dlm ayat). selaku 1. seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2. sebagai:~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu. | Kamus Pelajar |
| mengutuk | 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dursila | (Sanskrit) berkelakuan buruk (jahat dll); perbuatan ~ Id perbuatan yg salah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |