| poket I | /pokét/ kantung yg dijahit pd pakaian (baju, seluar dsb) tempat menyimpan atau menaruh wang, sapu tangan dsb; kocek; saku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| poket I | (pokét) 1. kantung yg dijahit pd pakaian (seluar, baju dsb) tempat menaruh sapu tangan, duit, dompet dsb, kocek, saku: seluarnya mempunyai banyak ~; 2. kantung pd pintu kereta, beg pakaian dsb; 3. beg jaring kecil pd meja biliard, meja snuker dsb tempat bola dimasukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| duit | 1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa harganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb); ~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh seseorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam; berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hidupnya; duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |