| psikiatri | cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian dan rawatan gangguan mental. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| klinisian | doktor, ahli psikiatri dsb yg mengkhusus dlm rawatan perubatan di klinik, hospital dsb, dan bukannya kerja penyelidikan di makmal: ~ mengesyorkan cara penyusuan ini kerana tiada susu berlebihan utk dimuntahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terpiawai | sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| klinikal | 1. bkn rawatan perubatan: gambaran ~ tentang ciri-ciri gangguan psikiatri di kalangan kanak-kanak dan remaja; 2. bkn pemikiran (kajian) yg logik dan kritis (tanpa memihak kpd sesiapa): hasil penyelidikan ~ terhadap 36 orang pengarang dapat ditemukan beberapa kesimpulan penting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kejururawatan | hal yg berkaitan dgn (pekerjaan, tugas, urusan, dsb) jururawat: buku ~ psikiatri itu sedang dicetak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jururawat | orang (lazimnya perempuan) yg kerjanya merawat orang sakit (di hospital); kejururawatan hal yg berkaitan dgn (pekerjaan, tugas, urusan, dsb) jururawat: buku ~ psikiatri itu sedang dicetak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| piawai | Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penentuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, timbangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~; memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan; terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~; piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa; pemiawaian perbuatan memiawaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |