| Punan | suku kaum peribumi Sarawak, termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg tinggal di pedalaman, terutamanya di Hulu Sungai Baram dan Sungai Rejan, dan kegiatan utamanya memburu dan memungut hasil hutan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| persyarikatan | 1. persekutuan, perhimpunan, perkumpulan, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id perkongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan memberi lebih banyak sumbangan kpd pembangunan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rapat II | = kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (bersidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatankuasa segera dirapatkan; 2. mengemukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putuskan sendiri, tidak perlu dirapatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| timbunan | 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbunkan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hukuman penjara seumur hidup | hukuman penjara yg tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengampunan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penjara | 1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, terongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengampunan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya; memenjarai ki mengongkong, membelenggu: suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya; memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil; terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat; pemenjaraan perihal (perbuatan) memenjarakan, perihal (keadaan) terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~; kepenjaraan perihal penjara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| timbun | himpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an): lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil; bertimbun 1. = bertimbun-timbun ber-susun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumahnya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibacanya; 3. = tertimbun tertimbus, terkambus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl berkumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; bertimbunan bertimbun(-timbun): sebermula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; menimbuni 1. menimbus (lubang dll), me-nambak, melonggokkan (tanah), menanam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun; tertimbun ditimbun(i), tertimbus (tertanam); ~ dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg tersembunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan; menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan benteng; 2. me-ngumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbunkan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengum-pulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; penimbun 1. orang (atau alat) yg menimbunkan (melonggokkan) barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| syarikat | 1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multinasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; bersyarikat 1. bersama-sama (bersatu, bermuafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu, berkawan, bersahabat; mensyarikati ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm kesusahan dll); mensyarikatkan; ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih drpd satu); persyarikatan 1. persekutuan, perhimpunan, perkumpulan, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id perkongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan memberi lebih banyak sumbangan kpd pembangunan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |