| pusing | 1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; berpusing-pusing 1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam; memusingkan 1. menjadikan berpusing, memutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, membingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut; pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll); pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran; pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berpusing-pusing | 1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pening | 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membingungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berliun | berpusing-pusing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| putar | gerakan yg berpusing-pusing; gerakan yg bertukar arah. ~ balik a. tidak tetap atau tidak tegas perkataannya; bolak-balik. b. jampi utk memanggil balik orang yg pergi. ~ belit tipu daya (muslihat, akal) yg berbelit-belit. berputar 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. memutarkan 1 membuat jadi berputar; menjadikan berputar; memusingkan: ~ skru; ~ jarum jam. 2 mengubah arah yg dituju; membelokkan. Dia ~ keretanya ke kiri. 3 = memutarbelitkan, memutarbalikkan membelit-belitkan kebenaran (janji dll): Orang yg selalu ~ perkataannya, tidak dpt dipercayai. ~ filem menayangkan filem. ~ lidah membelit-belitkan kata-katanya. ~ otak berfikir dgn sungguh-sungguh. ~ wang memusingkan wang utk mencari untung. putaran gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. perputaran 1 hal berputar; perkisaran: ~ roda. 2 perubahan (pertukaran) keadaan dsb: ~ nasib. 3 peredaran (wang dsb); rangkaian peristiwa yg berubah-ubah. pemutar alat utk memutarkan (sesuatu): ~ skru | Kamus Pelajar |
| putar | gerakan yg berpusing-pusing; gerakan yg bertukar arah. ~ alam suka atau cenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat. ~ balik a. tidak tetap atau tidak tegas perkataannya; bolak balik. b. jampi utk memanggil balik orang yg pergi. ~ belit tipu daya (muslihat, akal) yg berbelit-belit. berputar 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. memutarkan 1 membuat jadi berputar; menjadikan berputar; memusingkan: ~ skru; ~ jarum jam. 2 mengubah arah yg dituju; membelokkan: Dia ~ keretanya ke kiri. 3 = memutarbelitkan, memutarbalikkan membelit-belitkan kebenaran (janji dll): Orang yg selalu ~ perkataannya, tidak dpt dipercayai. ~ filem menayangkan filem. ~ lidah membelit-belitkan kata-kata. ~ otak berfikir dgn sungguh-sungguh. ~ wang memusingkan wang utk mencari untung. putaran gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. perputaran 1 hal berputar; perkisaran: ~ roda. 2 perubahan (pertukaran) keadaan dsb: ~ nasib. 3 peredaran (wang dsb); rangkaian peristiwa yg berubah-ubah. pemutaran perbuatan memutarkan. pemutar alat utk memutarkan (sesuatu): ~ skru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pulas I | berputar-putar, berpintal-pintal, berpusing-pusing (tali dll); memulas 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll); pemulas alat utk memulas (skru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| polang-paling | berpusing-pusing dan berubah-ubah arahnya (bkn angin). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berpiang-piang | berpusing-pusing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berputar-putar | 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |