| runding | 1. sl perhitungan, perkiraan, pertimbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara; ~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan); pakar ~ pakar perunding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan; berunding 1. bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang sesuatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; merunding sl menghitung, memperhitungkan; runding-merunding hitung-menghitung, timbang-menimbang; merundingkan 1. memperhitungkan, memperkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memperkatakan (membicarakan) sesuatu utk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; perundingan perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; perunding 1. orang yg berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rembuk | bicara, muafakat, nasihat, runding; berembuk berbicara, bermuafakat, berunding: itulah sebabnya adik diundang, dipinta datang sama ~, memilih berat ringannya; merembukkan membicarakan, memuafakatkan, merundingkan: kami berkumpul ~ siasat yg akan dipakai; rembukan pembicaraan, permuafakatan, perundingan: kalau dia sudi maka ~ itu biarlah disempurnakan di belakang; kami orang di rumah menyempurnakan ~ itu sematang-matangnya; perembukan perbuatan atau hal berembuk atau merembukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| akal | 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |