Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
saham (kata nama)
Bersinonim dengan sero, syer, andil.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
labur; melabur 1 membeli saham (syer dsb) dlm sesuatu badan perniagaan utk tujuan mendapat keuntungan; menanam modal: Rakyat bumiputera digalakkan ~ dlm Amanah Saham Nasional. 2 memberi makan (wang makan, bekalan dsb) kpd pekerja dll. melaburkan menggunakan sesuatu (wang dsb) utk tujuan melabur: Amin ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu. pelaburan 1 wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan: Dr masa ke masa, dia menambah ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional. 2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat. ~ asing jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan oleh pengusaha dr negara lain di negara kita. pelabur 1 orang (syarikat dsb) yg melabur atau yg melaburkan sesuatu. 2 bekalan makanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laburmelabur 1. membeli saham (syer dsb) dlm sesuatu badan perniagaan utk tujuan mendapat keuntungan; menanam modal:Rakyat bumiputera digalakkan ~ dlm Amanah Saham Nasional. 2. memberi makan (wang makan, bekalan dsb) kpd pekerja dll. melaburkan menggunakan sesuatu (wang dsb) utk tujuan melabur: Amin ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu. pelaburan 1. wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan:Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat. 2. hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional sangat menggalakkan. ~ asing jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan oleh pengusaha dr negara lain di negara kita. pelabur 1. orang (syarikat dsb) yg melabur atau yg melaburkan sesuatu. 2. bekalan makanan.Kamus Pelajar
anak I1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga ke­sihatan­nya supaya ~nya yg di dlm kan­dungan juga sihat; ~ kecil yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~ itu sudah ke seko­lah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sese­buah negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. ang­gota (kumpulan pekerja dll), kakitangan, pe­kerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd se­suatu benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~ ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~ buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~ bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~ cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk me­nentukan berat; ~ dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelo­cok (antan) pd gobek; ~ guam orang yg meng­gunakan khidmat atau mendapat bantu­an (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerong­kongan); ~ limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal atau di­lahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~ sum­bang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat yg sebaha­gian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~ tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang di­rawat; b) anak yg dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu; ~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepas­kan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletak­kan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabai­kan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan ber­khianat kelak; ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikata­kan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tem­pat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb men­dengar­kan tutur manis orang, pekerjaan sen­diri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran; meng­gerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd sese­orang yg beranak banyak tetapi malas men­cari nafkah; rosak ~ oleh menantu prb men­dapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam ke­hilang­an ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (peng­harapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ Kamus Dewan Edisi Keempat
pelaburan2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional sangat menggalakkan.Kamus Pelajar
labur2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional sangat menggalakkan.Kamus Pelajar
pelaburan1 wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan: Dr masa ke masa, dia menambah ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional. 2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelaburan1. wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan: Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat. 2. hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional sangat menggalakkan. ~ asing jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan oleh pengusaha dr negara lain di negara kita.Kamus Pelajar
jasaperbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional.Kamus Pelajar Edisi Kedua
harga1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyumbang1 mem­beri bantuan kpd orang yg mengadakan keramaian: Ketika mengahwinkan anak­nya dahulu, banyak orang yg ~. 2 turut memberi sokongan atau bantuan (spt wang ringgit, tenaga): Diharapkan tuan-tuan sekalian dpt ~ kpd syarikat kami dgn membeli saham yg kami keluarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas