| sementara | 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keliling | 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling; ~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~-kelalang geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanyaan-pertanyaan yg dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening); sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut haluan yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| atas | 1. (pd) tempat atau paras dsb yg lebih tinggi, lwn bawah: dr ~ bukit itu nampak laut; tingkat ~; bibir ~; 2. pihak yg berkuasa: perintah drpd ~; 3. kerana, dengan: dia meletakkan jawatan itu bukan ~ kemahuannya; 4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dgn, terhadap: beliau puas hati ~ kemajuan yg telah dicapai; tidak mengaku salah ~ tuduhan yg dimajukan; 5. berdasarkan, berasaskan: keputusan itu dibuat ~ beberapa pertimbangan; ~ soal-soal yg dibincangkan oleh pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik; 6. mengikut, menurut, berdasarkan: maka dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dgn Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim; ~ angin = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai;di atas 1. pd bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah): letakkan bungkusan itu ~ meja; suatu kesimpulan boleh dibuat berdasarkan huraian yg diberikan ~; 2. lebih tinggi drpd: ~ harga itu, tidak sanggup saya membelinya;ke atas 1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas: angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan) lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji seribu ~;beratas-atasan = atas-mengatasi;mengatas 1. naik ke atas: debu ~; 2. meninggi (diri): bukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan (keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi; atas-mengatas selalu hendak ke atas;mengatasi 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~ lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll);atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi: di sekolah kami, murid-murid saling ~;mengataskan melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya;teratas terletak (berada dll) di atas sekali; atasan (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;pengatasan perihal mengatasi atau mengataskan;pengatas (Mat) nombor atas pecahan yg menunjukkan berapa bahagian pecahan yg ada: dlm pecahan , nombor 6 disebut ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |