| lembap | 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satunya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian; melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~; melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembapkan terlebih dahulu; lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap; kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadikan lembap: pertama pembersihan, penyegaran dan ~ muka; pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| satu | 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati bermuafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah melangsungkan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 menggabungkan atau mengumpulkan menjadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) menyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| cantik I | sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) cantik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| satu | 1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa: cincin bermata ~; ~ sama lain sama sendiri (sesama mereka); tidak ada ~ pun tidak ada langsung; 2. bp ganjil (dlm maksud mencemuh, marah, dll), lain drpd yg lain, pelik: awak ni ~ juga; ~ per ~ = satu-satu; ~ detik sepuluh rebah prb seorang yg disindir, semua yg hadir turut tersinggung; satu-satu 1. tiap kali satu, satu demi (lepas) satu: timbang benda itu ~; 2. bp apa-apa, sesuatu: banyak orang yg menyalahkan polis apabila berlakunya ~ jenayah; satu-satunya tidak ada yg lain, satu sahaja: dialah ~ orang Melayu yg sanggup memikir-kan masalah masyarakat Melayu; bersatu 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan 1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh): bahasa ~ bangsa; 2. menyelaraskan (tujuan, tekad, dll), memusatkan: sekarang marilah kita ~ tekad kita; 3. bh mengahwinkan, menikahkan; mempersatukan 1. menjadikan bersatu (bkn rakyat sesebuah negara dsb); 2. mengahwinkan, menikahkan: maka muafakatlah segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya kedua-dua raja itu jadi laki isteri; satuan 1. angka yg kurang drpd 10 pd bilangan yg mempunyai lebih drpd satu angka; 2. sesuatu yg digunakan sbg dasar sukatan (ukuran dll), unit: gantang ialah ~ ukuran banyak; ringgit merupakan ~ wang di Malaysia; kesatuan 1. keadaan yg satu (tunggal), keesaan: ~ Allah; 2. keadaan yg satu (sama): manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau “linguistic unity” itu; 3. = ~ sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (utk menjaga kepentingan mereka): K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; 4. Id satuan, unit; 5. Id satu kumpulan (orang, perkakas, dll) yg merupakan badan dll yg tersendiri, unit: ~ tentera payung; persatuan 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; berpersatuan mempunyai persatuan, ada persatuannya: memperbanyak aktiviti ~; pemersatuan perihal mempersatukan sesuatu: ~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu; penyatuan perihal menyatukan: ~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yg besar; penyatu orang (faktor dll) yg menyatukan atau menyatupadukan: ciri-ciri yg membeza-kan manusia tetapi yg juga menjadi unsur ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berturutan | 1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berturut-turut | 1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dua | (jumlah) satu dicampur satu; bilangan di antara satu dgn tiga; 2: ~ belas 12; ~ puluh 20; ~ ratus 200. ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia. ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat. haiwan ~ alam haiwan yg dpt hidup di air dan juga di darat (katak dsb). dua-dua dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. berdua bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. berdua-dua tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. berdua-duaan berdua saja (tidak ada orang lain); cuma berdua: Tidak manis dipandang orang jika seorang gadis duduk ~ dgn seorang teruna. menduakan menjadikan dua; menganggap dua; menyimpan dua. ~ isteri beristeri dua. ~ suami berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). ~ Tuhan menganggap Tuhan itu ada sekutu-Nya. kedua (bilangan, peringkat dll) yg nombor dua: Tempat yg ~ dimenangi oleh Jamaluddin. kedua-dua kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. kedua-duanya dua kesemuanya; dua-duanya: ~ pun pergilah dr situ. perdua 1 dibahagikan dgn dua: satu ~ setengah; 2 perkongsian (tanah, hasil tanaman dll). seperdua satu dibahagikan dgn dua; setengah; separuh: ~ drpd harta itu diberikan kpd isterinya. berperdua berkongsi dua; berbahagi dua: Kerbau betina itu dibela secara ~ dgn jirannya. memperdua 1 mengusahakan sawah (ternak dll) dan hasilnya dibahagi dua. 2 membahagi dua (hasil, untung dll). memperduakan menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn membahagi dua hasilnya. perduaan berdasarkan atau ditandai dua benda atau dua bahagian. pendua 1 sesuatu (alat, senjata dll) yg digunakan apabila perlu: Nah! Ambillah keris ini utk jadi ~ tuan hamba. 2 salinan atau sesuatu yg dibuat serupa dgn yg asal. kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dsb dgn menggunakan sj alat. mesin ~ mesin utk membuat salinan surat dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| dua | (jumlah) satu dicampur satu; bilangan di antara satu dgn tiga; 2: ~ belas 12; ~ puluh 20; ~ ratus 200. ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia. ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat. haiwan ~ alam haiwan yg dpt hidup di air dan juga di darat (spt katak dsb). dua-dua dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. berdua bersama-sama dua orang; bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. berdua-dua tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. berdua-duaan berdua saja (tidak ada orang lain); cuma berdua: Tidak manis dipandang orang jika seorang gadis duduk ~ dgn seorang teruna. menduakan menjadikan dua; menganggap dua; menyimpan dua. ~ isteri beristeri dua. ~ suami berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). ~ Tuhan menganggap Tuhan itu ada sekutu-Nya. kedua (bilangan, peringkat dll) yg nombor dua: Tempat yg ~ dimenangi oleh Jamaluddin. kedua-dua kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. kedua-duanya dua kesemuanya; dua-duanya: ~ pun pergilah dr situ. perdua 1. dibahagikan dgn dua: satu ~ setengah ( ½ ). 2. perkongsian (tanah, hasil tanaman dll). seperdua satu dibahagikan dgn dua; setengah; separuh: ~ drpd harta itu diberikan kpd isterinya. berperdua berkongsi dua; berbahagi dua:Kerbau betina itu dibela secara ~ dgn jirannya. memperdua 1. mengusahakan sawah (ternak dll) dan hasilnya dibahagi dua. 2. membahagi dua (hasil, untung dll). memperdua menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn membahagi dua hasilnya. pendua sesuatu (alat, senjata dll) yg digunakan apabila perlu: Nah! Ambillah keris ini utk jadi ~ tuan hamba. | Kamus Pelajar |
| al-Muzil | Ar Yang Maha Menghina Musuh-Nya (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| al-Matin | Ar Yang Maha Teguh Kekuatan-Nya (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |