| bersuluhkan | menggunakan (sesuatu) sebagai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rapel | (rapél) IB 1. bayaran (wang) kebelakangan, tunggakan: ia telah menerima sebahagian wang ~ kenaikan pangkatnya; 2. kenaikan pangkat atau gaji yg dinanti masa pelaksanaannya kerana sesuatu sebab (spt terlupa dll): dua kali ~ pangkat dan dua kali kenaikan gaji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tebu | sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tumbuhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (sebatangnya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| setia | 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; tidaklah diragui lagi bahawa dia orang yg ~ kpd ketuanya; ~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dgn Bugis; kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaatan: Pahang yg dahulunya menjadi sebahagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meja | (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mempunyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tindan | = tindan-tindih; bertindan 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagiannya); menindankan menimbunkan, menindihkan: padi yg berguni-guni itu ditindankan-nya di atas penjemuran; pertindanan 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagiannya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori. tindan-tindih cakupan atau liputan yg seba-hagiannya sama, pertindanan; bertindan-tindih bertindih-tindih dgn tidak teratur: puluhan ribu mati berkaparan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suluh I | 1. sesuatu yg digunakan utk menerangi (daun kelapa kering yg dibakar dll), jamung, obor: di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip; lampu ~ sj lampu yg menggunakan bateri, lampu picit; 2. = penyuluh sl orang yg mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik; bersuluh menggunakan suluh (utk menerangi): sudah terang lagi ~; bersuluhkan menggunakan (sesuatu) sebagai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); menyuluh, menyuluhi 1. menerangi dgn suluh: sinar neon yg benderang ~ sekitar bandar raya itu; di bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil utk ~ jalan keluar; 2. mencari ikan (berburu dll) dgn suluh: ~ burung; 3. mencari-cari rahsia (keterangan dll), menyelidiki, merisik: kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yg dikatakan sedang bergerak ke utara Tanah Melayu; 4. ki menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk: ~ manusia supaya mengikuti jalan yg benar; penyuluhan 1. perihal menyuluh (mengintip, mengintai, dll), pengintaian, penyelidikan; 2. ki penerangan; penyuluh 1. orang yg tugasnya mencari rahsia, pengintip, perisik, suluh: ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; 2. ki pemberi penerangan (petunjuk dll): ibu memberi pelajaran utk ~ kehidupanmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pecah I | 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa; ~ rumah memasuki rumah utk merompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diperbaiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dgn haluannya sendiri), berpecah belah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |