| blok berurutan(consecutive block) | Blok ingatan yang berada sebelah-menyebelah dengan blok ingatan lain tanpa sebarang sela di antaranya. | Kamus Komputer |
| hujung mendahulu(leading end) | 1. Bahagian sebelah hadapan pita magnet, dawai, riben, talian, atau deretan maklumat yang mendahului bahagian lain. Oleh sebab bahagian ini paling dahulu ia akan diproses dahulu. 2. Bahagian hadapan peralihan aras logik bagi suatu isyarat denyut. | Kamus Komputer |
| balai I | 1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hadap | 1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; 2. arah atau hala tujuan; hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a) tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya; berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka; manis mulutnya; ~ muka bertemu muka; 2. = berhadap-hadapan bertentangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~; menghadap 1. (bahagian muka atau depannya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. datang ke (mahkamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; menghadapi 1. berada bertentangan (berhadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menempuh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), ditimpa (diancam) oleh, menanggung; ~ persoalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; menghadapkan 1. menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke): maka meriam pun dihadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan kepadanya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertanggungjawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan: dlm pusingan pertama, pasukan Malaysia akan di hadapkan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; memperhadapkan 1. menjadikan berhadap-hadapan, mempertemukan, menyemukakan; 2. mengemukakan (membentangkan, memajukan) perkara dll: ~ beberapa cadangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka pelamin waktu pengantin sedang bersanding; penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat menghadap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |