Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata secupak

Puisi
 

Sayang selasih direndam renggang,
     Rendam secupak menjadi segantang;
Dahulu kasih bukan kepalang,
     Sekarang menjadi harimau garang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Yang sehasta takkan jadi sedepa.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
masih lagitinggal lagi: beras ~ secupak lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
sakar Igula: nasi segantang, susu searai, dan ~ secupak.Kamus Dewan Edisi Keempat
asonansi(Lin) pengulangan bunyi vokal dlm deretan kata spt secupak dan sesukat, atau pokok dan tokoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
imbuhtambahan pd barang yg ditimbang (dibeli dll); tokok: Dia telah memberikan ~ secupak. mengimbuh memberikan tambahan; menokok; menambah. imbuhan 1 wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2 penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan yg dpt ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yg dpt disisipkan pd kata dasar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
imbuhtambahan pd barang yg ditimbang (dibeli dll); tokok: Dia telah memberikan ~ secupak. mengimbuh memberikan tambahan; menokok; menambah. imbuhan 1. wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2. Penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan dll yg dpt ditambahkan, atau –el-, -er- atau –em- yg dpt disisipkan pd kata dasar.Kamus Pelajar
masih I1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum).Kamus Dewan Edisi Keempat
arai Iukuran isi padu yg bersamaan dgn dua cupak atau 2.27 liter: maka disantap oleh bendahara, habis nasi segantang dan susu se~ dan sakar secupak itu habis.Kamus Dewan Edisi Keempat
gantang1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll); melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian; mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan; secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi; menggantang menyukat dgn gantang; ~ asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai; ~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas