Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sedang rebung baik dipatah,
     jadi buluh melepuh jari.

Bermaksud :

Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berperut1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertariark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menariark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tengah1 bahagian di antara hujung dgn pangkal; tempat atau titik yg letaknya di antara dua tepi dsb: Dia berdiri di ~ padang. 2 sedang membuat atau sedang melakukan sesuatu: Dia datang ketika saya ~ makan. 3 anak dll antara yg bongsu dgn yg sulung: Anaknya yg ~ sedang menuntut di England. ~ hari waktu lebih kurang pukul dua belas siang (hingga sebelum pukul dua siang). ~ malam waktu lebih kurang pukul dua belas malam (hingga sebelum pukul satu pagi). menengah 1 menuju atau menghala ke tengah; pergi ke tengah. 2 yg di tengah-tengah; tidak besar (tinggi) dan tidak kecil (rendah); sedang: sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara sekolah rendah dgn sekolah tinggi. pertengahan 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). setengah seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. setengah-setengah 1 beberapa; sebilangan drpdnya: ~ rumah orang Dayak Laut itu sangat panjang, ada yg lebih drpd dua ratus ela panjangnya. 2 tidak dikerjakan dgn sempurna; kepalang tanggung: Kalau bekerja, hendaklah betul-betul, jangan ~. sesetengah setengah-setengah. di tengah (berada) di bahagian tengah. ke tengah (menuju, menghala dsb) ke bahagian tengah. boleh di bawa ~ a. boleh diadu atau dipertandingkan. b. boleh diperkarakan atau dikemukakan. mengetengahkan 1 membawa ke tengah: ~ bot. 2 membawa ke penge­tahuan orang, pihak berkuasa dsb; mengemukakan; mengutarakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berjamu1 sedang menerima tamu; sedang didatangi tamu. 2 pergi menziarahi; berkunjung; bertandang: Mereka hendak ~ ke rumah Ali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berganggang1 sedang memanggang atau sedang menyalai sesuatu di atas api. 2 berada dekat api (unggun api, dapur dll) utk memanaskan badan; berdiang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedang III= sedangkan 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganggang; berganggang 1 sedang memanggang atau sedang menyalai sesuatu di atas api. 2 berada dekat api (unggun api, dapur dll) utk memanaskan badan; berdiang. mengganggang meletakkan (menaruh) di atas api supaya kering dll; memanggang; menyalai: ~ ikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jamu I; berjamu 1 sedang menerima tamu; sedang didatangi tamu. 2 pergi menziarahi; berkunjung; bertandang: Mereka hendak ~ ke rumah Ali. menjamu menerima tamu serta menghidangkan makanan kpdnya atau kpd mereka: Selepas menerima gaji, ia ~ kawan-kawannya dgn sate. menjamukan menghidangkan sesuatu spt makanan kpd tamu. jamuan 1 makanan yg dihidangkan kpd tamu; sajian: ~nya lazat-lazat. 2 majlis yg disertakan hidangan: Hari ini ada ~ di sekolah kerana meraikan guru yg baru itu. ~ negara jamuan besar yg diadakan oleh kerajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing yg mengunjungi negara secara rasmi).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuarangmusim kemarau: mereka tidak peduli ~ sedang menghebat, iklim sedang panas teriknya; ~ panjang musim kemarau panjang; sebelum ~ panjang, buah sengkuang sebesar betis prb a) sebelum ditimpa kesusahan tidak dapat seseorang itu memikirkan bagaimana kesusahan itu; b) berita yg belum sah lagi biasanya sudah diperbesar-besarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas