Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala-gala nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kesalanrasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
perut I1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menelanjangi1. menanggalkan (segala pakai­an dll) yg dipakai: ditelanjanginya anak­nya itu; 2. merampas segala pakaian (per­hias­an dll) yg dipakai: ~ penumpang-penum­pang dr barang-barang mereka; 3. ki mem­bukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedah­kan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing;Kamus Dewan Edisi Keempat
puisikarangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan se­suatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjuk­kan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak.Kamus Dewan Edisi Keempat
telanjang= bertelanjang 1. tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian), berbogel: dia mem­buka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; apa­bila ia menoleh kpd tubuhnya barulah di­ketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat; 2. tidak bersarung (keris, pedang, dll), ter­cabut, terhunus: rakyat Feringgi tujuh puluh ribu berdiri serta memegang pedang ber­telanjang; 3. tidak mempunyai pakaian (per­hiasan dll), tidak ada yg tinggal (harta benda); 4. tidak bertutup, terbuka, terdedah: ketika kami asyik bermain-main, datang sepuluh orang tentera dgn dada ~; ~ bulat (bogel, buta, loncos) telanjang sama sekali; telah bertelanjang prb habis kain baju tergadai kerana kalah berjudi; menelanjangi 1. menanggalkan (segala pakai­an dll) yg dipakai: ditelanjanginya anak­nya itu; 2. merampas segala pakaian (per­hias­an dll) yg dipakai: ~ penumpang-penum­pang dr barang-barang mereka; 3. ki mem­bukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedah­kan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung KambingKamus Dewan Edisi Keempat
kesal1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, keke­cewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
cita I1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan se­suatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. meng­angankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas