| keli | sj ikan darat, Clarias batrachus; bagai ~ kena ketuk prb bersungut-sungut dgn tidak tentu biji butirnya; spt ~ dua selubang prb seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ikan keli | sj ikan darat, Clarias batrachus; bagai ~ kena ketuk prb bersungut-sungut dgn tidak tentu biji butirnya; spt ~ dua selubang prb seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| serai | 1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sj tum-buhan (rumput yg daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus; 2. = ~ wangi sj tumbuhan (rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul), Cymbopogon nardus; ~ kayu sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha; ~ kemangi ki kerabat yg jauh; gulai lampau ~, tentu maung prb sesuatu yg berlebihan (perbuatan, percakapan, dll) itu akan mendatangkan keburukan; serumpun bagai ~, selubang bagai tebu prb muafakat sekali, seia sekata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rumpun | 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |