| sebau | 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| al-Amin | Ar gelaran yg diberikan kpd Nabi Muhammad SAW kerana sifatnya yg amanah serta boleh dipercayai: kerana sifatnya yg amat jujur, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| contoh | 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifatsifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, meneladan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| deduksi | ist (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya. mendeduksikan membuat kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya; membuat deduksi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| deduksi | ist (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya. mendeduksikan membuat kesimpulan atau ketetapan yg khusus berdasarkan hal atau andaian yg agak umum sifatnya; membuat deduksi. | Kamus Pelajar |
| pelucu | orang yg sifatnya suka melucu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| korup | IB keji (sifatnya, kelakuannya), buruk (kelakuan), suka menerima rasuah, makan suap: pegawai-pegawai ~ yg menyalahgunakan kuasa mereka hanya akan merosakkan pentadbiran negeri; dikorup bp diambil secara haram, digelapkan (wang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pendengki | (orang yg sifatnya) suka mendengki: Ahmad itu ~ sungguh orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengabai | (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyifatkan | 1 menceritakan sifat-sifatnya; menggambarkan: Dapatkah kamu ~ rupa hantu itu? 2 merupakan dirinya spt: Apabila diparang, dia ~ dirinya spt harimau. 3 menganggap sbg: Panglima itu ~nya sbg musuh dlm selimut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |