| pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; sepokok satu pokok, sama pokoknya, sama dgn harga beli (modal); berpokok 1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr); 3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd, mempunyai sesuatu sbg asasnya; 4. berlantaran, bersebab; 5. bermodal; memokoki memodali, memberi modal; memokokkan memusatkan (pd), menumpukan (pd); terpokok 1. terpenting sekali, terutama sekali; 2. mempunyai harga spt yg ditetapkan, berharga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ada | 1 hadir: Emak saya tidak ~ di rumah. 2 mempunyai: Orang itu ~ harta. 3 benar; sungguh: Saya ~ menerima surat drpdnya. ada-ada; ~ saja selalu saja ada yg dikatakan atau yg diminta. adalah 1 (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miksin. 2 (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya): Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat. adapun perihal; ttg hal: ~ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal. berada 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. keberadaan keadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya. mengada-ada 1 berbuat sesuatu (spt meminta, berkata, berfikir) yg bukan-bukan. 2 berbuat sesuatu kerana hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. mengadakan 1 menjadikan ada; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam ini. 2 menyebabkan ada; menyediakan (wang, tempat dll); menubuhkan (persatuan dsb): Mereka berusaha ~ kelas bimbingan utk ahli-ahli persatuan itu. keadaan 1 suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb): ~ darurat di Tanah Melayu telah diisytiharkan tamat dlm bulan Julai 1960. 2 rupa atau sifat sesuatu benda yg dpt dilihat: ~ dlm bilik itu sangat bersih dan teratur. berkeadaan berada dlm keadaan: Perabot dan barang-barang dlm rumah itu ~ baik. pengadaan perihal atau perbuatan mengadakan: ~ institusi tempat menimba ilmu dpt membantu anak-anak muda mendapatkan ilmu pengetahuan. seadanya 1 mana-mana yg ada saja: Jemputlah makan ~. 2 dlm keadaan yg sedia ada: Si gadis sanggup menerima jejaka itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |