| pujur | buruk kelakuannya (perangainya, tabiatnya), cabul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seorang | 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiatnya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perangai | 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| perangai | 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berkelakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perangai | 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpat diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. | Kamus Pelajar |
| tabiat | 1 sifat batin seseorang yg mempengaruhi fikiran atau perbuatannya; perangai; budi pekerti; watak: Tidak mungkin dia dpt mengubah ~nya yg buruk itu. 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tabiat | 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari. | Kamus Pelajar |
| kelakuan | 1. tabiat yg biasa dilakukan, perangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sifat | 3 kelakuan atau tabiat yg dimiliki seseorang; perangai: ~nya peramah. | Kamus Pelajar |
| akhlak | Ar (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat: anak itu sudah rosak ~nya; ilmu ~ pengetahuan bkn kelakuan (tingkah laku) manusia; pegawai ~ pegawai yg mengawasi anak-anak yg telah melakukan kejahatan tetapi tidak dipenjarakan; berakhlak mempunyai akhlak: kehidupan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |