Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tajam (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan,
Berantonim dengan tumpul

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding,
Berantonim dengan pepat

3. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding,
Berantonim dengan lunak

Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
fikir1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku; berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya; memikiri memikir; memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain; terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; sefikiran sependapat, sefaham; berfikiran mempunyai fikiran (akal dll); pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; pemikir orang yg berfikir, ahli fikir.Kamus Dewan Edisi Keempat
fikiran1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian;Kamus Dewan Edisi Keempat
kalapJw hilang akal, tidak siuman, gila, dirasuk hantu (syaitan): bagaimanapun, persekitaran yg demikian dan dgn daya pukau yg tajam, Sang Pertapa menjadi ~, masih menolak tetapi menerimanya juga; kekalapan kebingungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mindaakal fikiran, daya berfikir: ~ yg disubur-kan dgn ilmu pengetahuan yg banyak, akan menjadi alat yg tajam utk mengatasi ber-bagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita kurang menggunakan ~ utk berfikir.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendengaran1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pendengaran1. pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar:Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2. hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3. apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya.Kamus Pelajar
jarum I1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat me­masukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~ kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus: Presiden Nasser pula me­mainkan ~nya mengenai pengiriman sen­jata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel; ~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni (karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~ panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju dll; ~ tisik jarum utk menisik; jarum-jarum jarum penunjuk pd alat tim­bang; berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik; menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum; 2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi, rambut); menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan; terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus); jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman barua, muncikari.Kamus Dewan Edisi Keempat
tajam I1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
ranjau1. benda tajam (drpd besi, buluh, dll) yg dipasang di tanah dll utk melukai orang: jalan yg akan ditempuhinya itu penuh dgn duri dan ~; 2. sj alat letupan (peledak) yg ditanam di darat (dipasang di laut): ~ darat; ~ laut; banyak kapal yg tenggelam kerana melanggar ~ laut; kapal penyapu ~ kapal yg mengesan dan memusnahkan ranjau laut; 3. ki sesuatu yg dibuat utk mencelakakan orang, tipu daya; ~ lapuk tipu muslihat yg tersembunyi; 4. ki = ~ hidup kesukaran (percubaan dll) yg harus ditempuh oleh seseorang dlm hidupnya: Hendon lebih lama berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ~ dan jurang hidup; ~ cacak ranjau yg dipasang tegak; ~ pers Id undang-undang yg menyekat kebebasan akhbar; duduk meraut ~, berdiri melihat musuh = duduk meraut ~, tegak meninjau jarah prb sentiasa berusaha (berwaspada dll); meranjau 1. memasang ranjau: ~ jalan; 2. melukai (kaki dll): anak duri ~ tapak.Kamus Dewan Edisi Keempat
gunting1 alat utk memotong kain dll yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan: mata ~ bahagian gunting yg tajam; ~ pokok gunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok. 2 potongan atau bentuk baju dsb: Baju ini elok ~nya. bergunting 1 menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~. 2 dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi. menggunting 1 memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2 ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati. guntingan 1 hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. 2 ist gambar atau teks (komputer) yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain. penggunting 1 orang yg menggunting. 2 alat yg digunakan utk menggunting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas