| pintal | pilin, terpilin (tali dll); tali ~ tali yg terpilin; berpintal-pintal berpilin-pilin (dawai, rambut, dll), berpiuh-piuh; memintal 1. memilin supaya jadi tali: ~ tali rami; 2. membuat benang, mengantih: perusahaan-perusahaan ~ benang dan menenun kain kapas; pemintalan 1. hal atau perbuatan memintal; 2. perkakas (tempat dll) memintal; pemintal 1. perkakas utk memintal benang atau tali, pengantihan; 2. orang yg memintal (benang, tali dll): ia ~ tali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tali I | 1. serat yg dipintal panjang-panjang: ~ itu dibuat drpd sabut kelapa; 2. benda yg halus panjang-panjang utk mengikat sesuatu: bungkusan itu diikat dgn ~ pisang; ~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali yg dipegang oleh perempuan ketika bersalin; ~ air a) saluran utk mengalirkan air ke sawah dll; b) = ~ arus aliran arus (air); c) ark pengairan (sawah dll); ~ alir tali kail utk menangkap buaya; ~ alit = ~ gasing = ~ sering tali utk memusingkan gasing; ~ ambin tali pengikat beban; ~ anduh kain dll yg digunakan utk menggantungkan tangan yg patah ke bahu; ~ api (api-api) tunam, murang, sumbu; ~ ari-ari tali pusat; ~ barut a) tali pembebat (pembarut); b) tali pinggang; c) ki orang yg menjadi ampama orang lain, barua; ~ batung selepang tempat menyisipkan peluru; ~ bawat tali yg diikatkan pd palang layar (utk menggerakkan layar supaya mendapat angin); ~ belati tali buatan Eropah (drpd sisal); ~ besi ark tali drpd besi, kabel; ~ bicara ark Id telefon; ~ bosa (kap) tali utk menahan kabel (bergoyang dll); ~ bubut tali utk menurun-naikkan layar; ~ cemat tali utk menunda (menarik) perahu dll; ~ dahi layar tali yg mengikat bahagian layar yg di sebelah atas; ~ dogang tali yg dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dgn badan; ~ duga (penduga) tali utk menentukan dalamnya laut; ~ gantung tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); ~ kail tali tempat diikat mata kail; ~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung kuda); ~ kang (kekang, kendali, tum) tali utk mengemudikan kuda; ~ kelat a) tali utk menarik layar; b) tali utk menarik pohon yg ditebang; ~ keledar tali yg dipasang pd pinggang dsb utk keselamatan (dlm kapal terbang, kereta, dsb); ~ kendit (kemendit) tali pinggang (drpd kulit dll); ~ kipas tali yg berupa gelung yg dibuat drpd getah, bahan sintetik dsb yg memusingkan kipas utk menyejukkan enjin kereta dsb; ~ ladung tali tempat bergantung batu unting; ~ leher jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; ~ leher kupu-kupu tali leher yg diikat dgn cara simpul pulih; ~ lenggang tali utk menegakkan tiang layar; ~ liung sj selempang tempat menyisip peluru; ~ pendarat tali yg menambatkan kapal dll ke pangkalan; ~ pendendang tali yg mengikatkan andang-andang pd tiang layar; ~ pengandak (setop, setu) tali utk mengecilkan layar; ~ pengangguk tali utk menggantungkan layar; ~ perampat tali utk mengikat kemudi pd tiang goyang; ~ perimping (aris, eris, ris) tali pd tepi layar supaya layar jangan koyak; ~ persaudaraan hubungan persaudaraan; ~ perut a) usus; b) = ~ benang tali yg mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah); ~ pinggang tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); ~ pupuh tali yg direntangkan utk menandakan kawasan larangan atau pantangan; ~ pusar Id a) = ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn urinya; b) bahagian buah yg menghubungkan biji dgn kulit buahnya; ~ rafia a) tali drpd serat pelepah rafia; b) tali yg diperbuat drpd plastik dlm pelbagai warna utk mengikat barang, kotak dsb; ~ relap tali yg diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) utk menghalau ikan; ~ sas tali yg mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan; ~ sauh tali utk mengikat sauh; ~ sawar tali utk menghela kerbau; ~ sawat jalur tali bundar atau bulat yg digunakan utk menggerakkan bahagian tertentu mesin dsb; ~ semberang (sidai, penyidai kain) tali utk ampaian kain; ~ sepatu (kasut) tali utk mengikat kasut; ~ sira tangga drpd tali; ~ sifat a) tali hitam utk menandai kayu yg akan digergaji; b) tali pd batu unting; ~ suai tali yg menyangga layar; ~ tajuk tali utk mengikat dayung pd bibir perahu; ~ tandur tali utk menurun-naikkan bidai; ~ tangsi tali (benang) yg dilumas dgn lilin utk tali kail; ~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a) tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah dagu; ~ tep pita utk mengukur; ~ tunda tali utk menunda perahu dll; ~ ulang tali yg digunakan melalui beberapa kapi; ~ di dlm bungkusan, digerek tikus apa gunanya prb seorang perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn diam-diam; ~ jangan putus, kaitan jangan sekah prb menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya; ~ yg tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan; bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb perbuatan yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna; bagai menghela ~ jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hati-hati supaya tidak kerugian; digantung sehasta ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan; sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting prb telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi); sepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana; setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan; bertali 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah bertunangan (gadis), berikat; ~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dll); ~ darah ada perhubungan keluarga dgn; ~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing prb hal kejahatan yg cukup keterangan dan buktinya; diberi ~ panjang prb membiarkan memilih apa yg disukainya; tali-bertali bertali-tali; bertali-tali 1. ada kaitannya dgn, berhubungan dgn: Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersambung-sambung, terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;bertalian ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom; menali menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb; mempertalikan 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai dipertali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, melibat-libatkan dgn, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan, menjalin-jalinkan: jangan dipertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. menghubungkan (dgn), menyambungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan bertali-tali, menyambung-nyambungkan, menghubungkan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kesetiaan? 5. menjodohkan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak mahu dipertalikan dgn orang yg belum dilihatnya; talian 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesawat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat perakam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; dalam ~ (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; luar ~ (Komp) berada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer; pertalian 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang? 2. rangkaian yg mempunyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), persamaan; ~ batin perhubungan yg tidak kelihatan; ~ darah perhubungan kekeluargaan; ~ silaturahim perhubungan persahabatan (persaudaraan); penali 1. sesuatu yg digunakan utk mengikat, pengikat; 2. ark takrif, kesimpulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merelap | menangkap ikan dlm sungai dgn menggunakan perahu, jala, pancing dan tali: tali ~ tali berambu-rambu yg panjangnya selebar sungai dan direntangkan utk menghalau atau utk menakut-nakutkan ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| relap I | ; merelap menangkap ikan dlm sungai dgn menggunakan perahu, jala, pancing dan tali: tali ~ tali berambu-rambu yg panjangnya selebar sungai dan direntangkan utk menghalau atau utk menakut-nakutkan ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| punca I | 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hulur I | ; menghulur 1. membiarkan sesuatu (spt tali dll) lepas menjadi panjang, mengumbai: ~ tali kail; ~ tali layang-layang; 2. menjadi panjang, memanjang, mulur: plastik kalau ditarik boleh ~; 3. keluar memanjang, mengunjur: sebelah tangannya ~ keluar; 4. memanjangkan (umur, perbincangan, dll), mengundurkan masa, menunda-nunda: penukaran jantung dapat ~ umur orang yg menderita penyakit jantung; ~ perdebatan; 5. memberi sesuatu kpd seseorang dgn memanjangkan tangan sedikit, mengunjukkan: sambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka suaminya; menghulur-hulur 1. memanjang-manjangkan (waktu, perbicaraan, dsb), menangguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (diluaskan atau disempitkan mengikut kehendak sendiri); menghuluri memberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh Kapitan Mor disuruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawanya naik ke atas kapal; menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun dikosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia memanjangkan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengunjukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghantar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) menganjurkan tangan (utk bersalaman dll); b) memberikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; huluran sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan; penghuluran perihal atau perbuatan menghulur(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kap I | ark; tali ~ tali di kapal, tali bosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sipat I | arah; ~ kuping Jw berlari lintang-pukang; tali ~ tali utk mengetahui lurus tidaknya (sesuatu), tali pengukur; menyipat, menyipatkan mengukur (utk mengetahui lurus tidaknya) dgn tali sipat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kang II | singkatan bagi kekang; tali ~ tali kekang (tali utk mengarahkan atau mengendalikan jalan kuda); berkang dikekang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| busur | 1. kayu (buluh dll) yg dilengkungkan dan direntangkan tali utk melepaskan anak panah; anak ~ anak panah; tali ~ tali yg direntangkan pd busur; 2. alat utk membersihkan kapas drpd bijinya (dibuat drpd kayu dll yg dilengkungkan dan direntangkan tali); 3. Kl kayu dll yg direntangkan tali dan dipasang pd layang-layang supaya berbunyi;membusur 1. lengkung spt busur; 2. memanah dgn memakai busur; 3. membersihkan kapas dll dgn busur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |